Selasa, 17 Februari 2009

Antara Bukit

Tercetus angkara
Bila bukit antara bukit
Akan bersengketa sesama tidak lama

Apa yang ada di sebalik bukit itu?
Hingga menjadi rebutan dua kumpulan
Menjadi pengukur kekuatan

Dan juga menentukan pilihan
Yang akan mengetuai jalan
Menuju hadapan

Akan pasti lah

Emas bertaburan
Cerita bersahutan
Umpan bergantungan
Melimpahi berkoyan-koyan

Hanya satu kemenangan.. perbarisan atau pembangkitan



-Malim Muda-

5 comments:

pejuang - pedang pejuang- berkata...

hmm.. bahasa yg baik & makna yg sgt jelas utk difahami.. anda memang hebat.. tahniah..

Sedingin Salju berkata...

Semua ini adalah ujian dari yang maha esa.

H.E.H berkata...

pedang pejuang
TQ

Sedingin Salju
Pilihanraya kecil ini boleh masuk Hari Ini Dalam Sejarah Malaysia kerana ketiga2 nama bukit. Kebetulan atau perancangan??

Yus Yusuf berkata...

Bukan kerana emas..
Bukan kerana nama..
Tapi kerana kuasa..

Tanpa kuasa, tiadalah emas..
Tanpa kuasa, nama hanya tinggal nama..

Mana lagi jajah untuk ditarah?..
Teluk? Tanjung?

Ya.. Rebutlah semuanya..
Persetankan bumi ini bumi Tuhan..

H.E.H berkata...

Yus Yusuf
Nampaknya 2 bukit sahaja yang akan bertarung. Bukit yang satu lagi kembali tenang. He..He..He..