Khamis, 8 Januari 2009

Zion Nion II

Kau bawa perang
Puak bersekutu kau tatang
Puak musuh kau tentang

Kau hulur tempur
Ramai mati kapur
Mayat berterabur

Kau pengecut bila menyerang orang takut
Kau dayus bila membunuh orang kurus
Kau tamak bila merampas nyawa anak

Kau sungguh berkuasa
Hingga lain takut bersuara
Campur tangan tidak mengena

Siapa di belakang?
Siapa jadi dalang?
Siapa perancang?

Proksi? Kongsi? Paksi?

Angkara Negara Agung
Senyap menyokong mendukung

Sumpah janji sumpah kalam
Selagi ada tentera kejam
Selagi itulah akan mati di tangan islam

Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar!



-Malim Muda-

3 comments:

one love berkata...

fight along... mau?

H.E.H berkata...

sekelumit hati jahil & lemah hanya mampu berdoa..

Hulubalang Derhaka berkata...

Telapak tangan yang menadah langit..
Hanya berselirat kesal bukan sekelumit..

Telapak tangan yang menyungkur pepasir debu..
Menangis didodoi darah pilu..

Telapak tangan yang menggalas kuasa..
Mahu membantu tapi tiada daya..

Telapak tangan yang berlumuran sejuk darah..
Memijak mereka sambil meludah..

Pedang doa kita panjatkan..
Agar sengsara segera ditamatkan..