Jumaat, 16 Januari 2009

Tuan Kapak, Hamba Parang

Si tua mengarang
Hendak berparang
Yang lain mengasah
Kapak mengepak

Jari tunjuk jadi suruhan
Jari ibu buat ukuran
Terukir ayat mati
Sanggup mati demi anak sendiri

Di takuti di geruni
Dahulu dan kini
Getarannya sekelip
Kilasan berbelit

Senjata halal haram
Dibayangi sesiang semalam

Memang kuat!
Belikat timbul urat
Sendi tulang berat

Larang ada pantang
Makan tak boleh panjang
Langgar, nahas menjelang



-Malim Muda-

2 comments:

F.A.Z.R.U.L.L.S berkata...

Kalau anda sepohon pokok yang sangat besar....

Saya cuma kapak yang kecil...

Bersedia untuk tumbangkan anda..

Bersedia untuk mengapak walaupun seribu tahun....

H.E.H berkata...

Dan akhirnya pokok yang besar itu akan tumbang juga..