Jumaat, 30 Januari 2009

Sekutu Tapi Seteru

Peliknya mereka itu
Bersekutu sama berguru
Tetap saling berseteru

Dendam dipendam merindu haram
Dengki dihati berlaga taji
Padang pertempuran dinanti

Tak sehaluan lain tujuan
Tak serapat lain pendapat
Tak sebulu lain sepatu

Mereka sudah lupa bahasa dahulu

Bersedia sebelum binasa
Berhati sebelum mati
Bersatu teguh sebelum roboh

Kekayaan dijulang maruah dijerang

Sebangsa sedarah seagama
Tetapi bersengketa sesama

Pusingan akan berlaku sekali lagi
Bila bangsa tidak bersatu hati



-Malim Muda-

1 comments:

one love berkata...

hopefully semuanya selamat walau apa pun yang terjadi