Jumaat, 23 Januari 2009

Obama

Dari anak mata
Melihat presiden Amerika
Melihat Barrack Obama

Adakah ia sekadar boneka?
Hanya menutup mata
Hasil ‘kerja tangan’ mereka

Adakah ia mengikut ketua?
Mainan proksi kuasa
Paksi yahudi negara

Adakah ia boleh diharap?
Boleh selesai masalah yang kerap
Atau simpan sahaja buat perap

Adakah ia boleh mengubah?
Mana satu yang ditadah
Sembah atau rebah

Adakah ia memang bijak?
Memajak sambil memijak
Supaya Amerika boleh lonjak

Harapan dunia tinggal hayat
Dikala tali persahabatan Islam Barat
Sudah putus dua kerat

Kita mengharap perubahan
Anggapan atau angan
Kerana impian itu tidak pernah menjadi kenyataan



-Malim Muda-

6 comments:

Panglima Perang Cyber berkata...

tahniah atas kelahiran wajah baru blog malim muda.

sudah tak ada flag maka lebih selamatlah blog geng kita dari ditikam musuh durjana.

selamat berkarya dengan Nama Yang Esa dan boleh kita sama sama mara ke hadapan melawan musuh agama bangsa negara kita.

H.E.H berkata...

TQ, panglima..

one love berkata...

we'll see..

H.E.H berkata...

one love
the truth is out there

a.k.u.p.e.n.t.o.i berkata...

amerika dan perang tak dpt dipisahkan...mereka telah menjadikan perang itu satu industri..

H.E.H berkata...

a.k.u.p.e.n.t.o.i
setuju