Khamis, 29 Januari 2009

Ini Bukan Demokrasi Kita

video

Sampai kapankah kematian
Ibu tua dan anak kecil
Nyawa yang menjadi korban
Atas nama demokrasi

Sampai kapankah kehancuran
Tamadun yang dibanggakan
Darah merah jadi saksi
Kehebatan demokrasi

Apabila demokrasi datang
Bersama laskar dan senjata perang
Musnah lah kedamaian
Musnah lah keindahan
Yang tinggal kesengsaraan

Budaya pun bertukar ganti
Moral pun rosak dan keji
Minda dibuai ilusi
Yang bernama demokrasi


-Sohami Mior Hassan-

2 comments:

Hulubalang Derhaka berkata...

Sedihnya, tak ada orang yang nak dengar lagu-lagu berunsur moraliti macam ni..!!

Diorang lebih suka dengar lagu 'Papa Jahat' dan 'Umbrella'..!! (sekadar contoh)

Kalaulah mereka dapat lihat apa yang akan berlaku masa depan, pasti mereka akan terkejar-kejar mencari kekuatan..!! Tapi itu tak mungkin akan berlaku..

H.E.H berkata...

Entahlah terlalu subjektif lagu sekarang ini.. Kadang2 tidak tahu apa maksudnya..