Isnin, 5 Januari 2009

Blog Goblok

Ada blog goblok
Menyorok mengaruk

Mencerca menghina
Hina nabi hina agama
Mencela menghela
Memang gila

Putar berkata
Bertopeng lain muka
Berselindung di balik rupa

Tetapi takut bersua
Sebab pendusta rasa
Penakut pengecut rupanya

Bongkak mendada sombong mencela
Dua menjelma, riak nyata serasa

Adakah agama kau sempurna?
Adakah pegangan kau mulia?

Adakah budaya kau begini?
Adakah ajaran kau mengikut kata hati?

Kau tidak takut?
Balasan akan buat kau melukut
Menjerut hingga kau melutut

Sekarang kau boleh tertawa
Sekarang kau boleh gembira

Nanti akan tiba masanya
Hukuman tuhan turun menimpa
Rasa menyesal tidak bermakna
Kau akan terkena juga…



-Malim Muda-

11 comments:

Panglima Perang Cyber berkata...

Penyair Malim Muda, sajak terbaru ini memang lancar bahasanya, dan mendalam maknanya.

Mengalirkan rasa hati ke dada alam dunia memerlukan ketajaman bagi mengesankan pembaca..

Moga kita sentiasa peka dengan seluruh tubuh bagi menerima dan menghantar isyarat isyarat alam yang tidak semulajadi ini.

Bahkan ia adalah di bawah tadbir Tuhan Maha Tinggi.

H.E.H berkata...

Panglima Perang Cyber
TQ

bungaraya berkata...

Merayu
memujuk
mendesak
menggesa
semuanya akan tiba
rasa kehampaan

Mereka ketawa
kerana itulah cuma
kekuatan kita

Mana Arab
berbatang besar
melayu disni hampa
melihat kamu
pengecut dan rupanya
hisap batang kulup
kafir jua.

a.k.u.p.e.n.t.o.i berkata...

heh, tapi aku takut kalau bala yang turun tu kena kat semua..

H.E.H berkata...

bungaraya
Si Arab, khianat dalam diam

a.k.u.p.e.n.t.o.i
ntahlah.. kalau kena, naya lah

rantong berkata...

Kalau masuk pertandingan sajak & puisi, ni agak2 boleh menang ni. Ni original ke petik mana2 sajak ni?

Hulubalang Derhaka berkata...

Biarkan..
Mereka menjarah pegangan kita?
Biarkan..
Mereka menghina kiblat kita?
Biarkan..
Mereka meludah agama kita?
Biarkan..
Mereka mencerca ikutan kita?

Biarkan..
Biarkan..
Biarkan..

Kerana mereka punya mata tapi tidak melihat..
Kerana mereka punya lidah tapi tidak merasa..
Kerana mereka punya telinga tapi tidak mendengar..
Kerana mereka punya hati tapi tidak mendekati..
Kerana mereka punya akal tapi tidak berfikir..

Jangan diturunkan pemikiran kita sama seperti mereka.. Kerana itu menjadikan kita sama seperti mereka..

Biarkan..
Biarkan..
Biarkan..

Mereka itu dangkal..
Mereka itu tidak berakal..

Biar Tuhan tunjukkan jalan..
Agar mengerti usul kejadian..

Salam..

H.E.H berkata...

rantong
asli..bang

Hulubalang Derhaka
Aik! Nama lain lagi.
Ha..ha..ha..

~PakKaramu~ berkata...

Goblog tak pe asal boleh berfikir

rantong berkata...

Doa untuk Iraq

Saudara kita yang seagama di IRAQ diambang kemusnahan dalam semua aspek kehidupan. Kita tidak boleh menahan atau membendung rasukan perasaan yang telah hilang pedomannya sebagai manusia berfikir saperti biasa. Kita tidak mempunyai kekuatan fizikal atau sebarang kecanggihan untuk menghalangnya dari kemusnahan. Sebagai umat Islam, berpegang teguh kepada rukun Islam dan Iman, kita ada Allah Taala. Sebagai berpegang teguh kepada rukun Iman, khususnya pada ketika ini, percayalah akan Rukun Iman Yang Pertama;

PERCAYAKAN ALLAH
Jesteru itu, adalah diharapkan jangan dilupai untuk membaca Surah Al-Fil(Alam Tarokai Fafa Ala Robika bi-asha bil-Fil) sebanyak 3 kali setiap solat Fardhu serta diikuti doa "Ya Allah, KAU musnahkan tentera Amerika Syarikat dan sekutunya sepertimana KAU utuskan ABABIL memusnahkan ABRAHA dari muka bumiMU. "Ya Allah, selamatkanlah umat Islam yg sedang sengsara di Palestin, Afghanistan, Iraq, Chechnya dan serata pelusuk dunia akibat dari angkara mungkar dan kekejaman musuh musuh Mu. Peliharakanlah mereka, lindungilah mereka, kasihanilah mereka dan berikanlah rahmatMu ke atas mereka."

H.E.H berkata...

~PakKaramu~
????