Rabu, 21 Januari 2009

Berhormat vs Berkhidmat

Yang berhormat duduk bersahaja
Yang berkhidmat rajin bekerja

Yang berhormat gaya berzaman
Yang berkhidmat gerakan iman

Yang berhormat bersaing handal
Yang berkhidmat sendiri amal

Yang berhormat menabur janji
Yang berkhidmat menabur budi

Yang berhormat mengejar pangkat
Yang berkhidmat menadah berkat

Yang berhormat memburu kuasa
Yang berkhidmat bersyukur sentiasa

Dan itulah roda permainannya
Setiap masa setiap ketika

Sepandai-pandai yang berhormat
Akhirnya kalah penamat

Sekecil-kecil yang berkhidmat
Akhinya menang cermat



-Malim Muda-

5 comments:

one love berkata...

yer! yer! aku taulah MU menang semalam...

haih...

:p

one love berkata...

entry ini amat cool!

:)

H.E.H berkata...

one love
TQ

Ir. hydir berkata...

heh...

[pemimpin yang adil pemimpin disembah, pemimpim yang zalim, pemimpin disanggah]

tapi jangan le pulak sampai menyembah .. :)

Jadilah pemimpin yang dekat kepadaNya

H.E.H berkata...

Ir. Hydir
TQ sebab singgah blog yg tak seberapa ini.