Selasa, 22 Disember 2009

Si duga-duga

masanya datang lagi
jam nya bergerak kembali

menjadi tamu dalam perutusan
bertemu mata dalam perundingan

berdebar jantung mengunci hati
risau bercampur gaul
takut menguasai diri

mungkin dia berjenis orangnya
mungkin dia berkira insannya

tetapi selagi punya kudrat
akan dipegang jadi makrifat

jangan difikir mudah
yang senang boleh jadi susah
mungkin si duga-duga sudah berubah..



-Malim Muda-

Rabu, 16 Disember 2009

Suara gelap

suara gelap
berbisik-bisik perlahan
meratib dalam kejahilan

asalnya semakhluk
dalam hati ia duduk
dalam gelap ia bersembunyi
memencilkan diri

dalam diam ia bersuara
supaya tuannya menurut kata
mengikut kuasa

suara itu suara keramat
pegangan mesti kuat
kalau lemah akan terikat

gelap itu kawannya
terang itu musuhnya
suara itu suara diri
suara itu suara hati




-Malim Muda-

Selasa, 8 Disember 2009

Kertas menari

kertas itu menari lagi
bila dibuka gelanggang nanti
peluang datang hanya sekali
lepas atau biar ia berganti

kertas itu tidak pernah sunyi
dari tangan yang kencing berdiri
dan kaki yang kencing berlari

yang diberi cukupan
sedarlah kamu wahai insan
ini hanya permainan
bukan betul hanya cubaan

yang diberi terlebih makan
boleh senyum sendirian
menanti habuan
di hujung jalan

berpuluh orang mencuba
lima orang yag berjaya
beratus orang usaha
tiga orang gembira

mereka bukannya siapa
mereka golongan ada-ada



-Malim Muda-

Rabu, 2 Disember 2009

Barang kuat

barang kuat
barang hebat
memang nikmat

barang kuat
siapa yang ada boleh sebat
sampai masuk pun tak muat

orang barat orang selat
orang darat orang karat
sanggup bertikam jerat
merebut barang kuat

barang kuat
besarnya cepat
bagai ikan sepat

barang kuat
panjangnya berat
boleh mengerat

bukannya apa
barang itu barang lama
bila tidak kena pada tempatnya
satu sen pun tidak berguna



-Malim Muda-

Selasa, 24 November 2009

Seragam kuasa

kumpulkan orang-orang kita
kejarlah mimpi-mimpi kekayaan itu

rampas kesemuanya
jangan dibiarkan tinggal satu pun

harta yang ini kita pakai sendiri
harta yang itu kita akan catu

ha ! ha ! ha !
gelak kita, kita suka

hamba yang di tawan
mendewa seperti tuhan

orang yang di lawan
bernyawa dalam keimanan

maruah mereka tiada harga
sanggup korban anak bangsa

tiada beza antara dua
manusia biasa, manusia berkuasa..



-Malim Muda-

Rabu, 18 November 2009

Hantu raya

makanannya bangkai
selera tinggi berangkai-rangkai

hantu raya tidak ada sayap
tetapi boleh mencapaikan hajat.
jauh jugak kalau merayap

selama keperluannya dijaga
selama itulah hantu raya itu akan setia
menurut perintah tuan nya

tetapi berlaku sebaliknya
jika tuan nya tidak pandai menjaganya
dia akan membaham apa saja yang ada
untuk melampiskan nafsu dan mengisi perut nya

dia tidak kira siapa
kalau terdesak itulah bahayanya
hantu raya ini juga sanggup memakan tuannya..



-Malim Muda-

Jumaat, 13 November 2009

Alkisah insan marhaen

bila mana dulunya petah
bergerak ke atas ke bawah
menjadi suruhan orang arah

tetapi langit tidak selalunya terang
yang lembut menjadi garang
yang mengikut semua melarang

cita-citanya seperti tokoh
gayanya seperti orang bodoh

mungkin sikapnya gelojoh
rakus memboros akhirnya roboh
tinggal lah ia bersama yang hodoh

bersuara tidak salah
berbeza tidak berbalah
tetapi ada masa kita perlu beralah
dan perlu menjadi seperti Hang Tuah




-Malim Muda-

Isnin, 9 November 2009

Taubat maksiat


dengarlah hai sobat
saat kau maksiat
dan kau bayangkan ajal mendekat

apa kan kau buat
kau takkan selamat
pasti dirimu habis dan tamat

bukan ku esok taat
sebelum terlambat
ayuh sama-sama kita taubat

dunia sesaat
awas kau tersesat
ingatlah masih ada akhirat

ingat mati, ingat sakit
ingatlah saat kau sulit
ingat ingat hidup cuma satu kali

berapa dosa kau buat
berapa kali maksiat
ingat ingat sobat

ingatlah akhirat

pandanglah ke sana
lihat yang di sana
mereka yang terbaring di tanah

bukankah mereka
pernah hidup juga
kita pun kan menyusul mereka




- Wali , Taubat Maksiat -

Selasa, 3 November 2009

Kong ka li kong

cerita itu berbunyi lagi
bila dilanda kontroversi

cerita itu tidak pernah sunyi
bila ada yang cuba `menyanyi´

cerita itu tidak pernah suci
bila kotornya setebal inci

yang dipilih atas suruhan orang besari
bukan kalangan orang bertapi

tua muda bukan ukuran
lama baru bukan sandaran

yang penting sama haluan
yang genting biar berlawan

yang dipilih atas pilihan orang berkaki
bukan kalangan orang berdiri

biar lawan berganti, asal boleh serasi
jangan sampai hilang rezeki

yang penting perut sendiri



-Malim Muda-

Rabu, 28 Oktober 2009

Sidangan dua

hari bulan ditentukan
sidang harus diteruskan
amanat satu perjuangan

dalam diam ada persulitan
berpakat demo kumpulan
arahan bangsa golongan

si polan ini rupanya ketua
melari kepala segala
menjadi pengkhianat bangsa

bersorak makhluk berkaki
yang digantung berlari-lari
yang bersalah tidak puas hati
sambil melompat menunjuk gigi

menggila kuasa rampas
mencari dosa terlepas
menuntut isi dikupas

yang bertenggek bangun duduk
yang berdiri terbongkok- bongkok
gegas ke hulu keluar, lari ke hilir masuk

sang pendeta punya angkara
sang algojo berpura rasa
bawaan orang-orang sebangsa

sudahnya bangsa kita yang kepingin
sedangkan bangsa lain tersenyum dingin




-Malim Muda-

Selasa, 20 Oktober 2009

izzat fahmi

lahirmu bawa cahaya
sinar penawar jiwa
kuasa dari yang esa

anugerahmu satu amanah
membelah gagah yang tiada sudah

ciptaanmu satu nikmat
menyambung umat yang sudah terikat

kemuliaan mu yang terpuji
kekuatan islam menyuci kefahaman yang erti

tidur lah... kerana perjalananmu masih panjang
lena lah.. kerana rehatmu masih senggang

biar didendangkan alunan agar indah mimpi mu
biar dikasih sayangkan agar sudah anganmu..



-Malim Muda-

Rabu, 7 Oktober 2009

Dongeng ayam sabung

kok ! kok !
ayam itu berkokok
tinggal di pokok
tiap-tiap lekuk

kok ! kok !
itu ayam galang
taji kuku panjang
kepak luas meregang
bulu balik telanjang

kok ! kok !
kaisnya menunjuk jantan
paruhnya semerah baran
galaknya merabung sawan

jampi serapah ditiup
roh semangat disebut
kalah menang direbut

arak menurun hingga sesak
gelanggang terbuka berpihak
jangan sampai mati anak

tetapi bukankah ayam itu ayam lambung
bukannnya ayam sabung
jauh sekali ayam barung



-Malim Muda-

Khamis, 1 Oktober 2009

Nafsu Rahsia

nafsu itu bersahaja
mengerti segala
mencongak prasangka

seolahnya ia tahu
sebelum mendahulu
nafas seorang pelaku

jelmaan kala
mengatur niat
serakah tersirat

kuasanya hitam
bila hati malam
setaranya putih
bila hati jernih

terpulang empunya diri
jangan biar menguasai
jangan biar bersembunyi

biarlah bermusuh dengan seteru
asal jangan dengan guru
kelak hidup haru biru

kerana nafsu itu tidak boleh dipercaya
kerana nafsu itu tidak boleh diduga
kerana nafsu itu nafsu rahsia...



-Malim Muda-

Khamis, 10 September 2009

Hanya sujud

titik-titik noda
atas angkara
kata-kata nista

titik-titik dinodai
perintah diengkari
larangan didekati

didepani halangan
dihujani balasan
yang tiada perbezaan

saat getir mengerah menggigil
doa merayu terserah takdir

penentu segala atas pencipta
hukum alam bawah kuasanya

dosa dan pahala
garisan antara
memisahkan kita

kita hanya mampu turut
dan hanya mampu sujud..




-Malim Muda-

Selasa, 8 September 2009

Garisan halus

garisan itu menjadi sempadan
garisan itu menjadi ukuran
perbezaan antara sesama manusia

kita hanya berbeza di sisi manusia
tetapi kita tiada bezanya di sisi pencipta

dosa-dosa semalam
tidak akan bersambung dengan tanpa takdirnya

pahala-pahala semalam
tidak akan bertambah dengan kehendaknya

yang memisahkan antara pahala dan dosa
hanyalah satu garisan yang halus

bila-bila sahaja
kita kan melintasinya
dan bila-bila sahaja kita akan melangkahnya

sama ada kita sedari atau tidak sedari
sama ada kita sengaja atau tidak sengaja



-Malim Muda-

Rabu, 2 September 2009

Mimpi yang panjang

usia yang masa
meninggalkan manusia

berlalu tanpa kita sedari
dengan mimpi sendiri

mimpi itu lena
pada yang alpa

mimpi itu bahana
pada yang terjaga

mimpi itu panjang ceritanya
mimpi itu berbagai lakonannya

kekurangan mimpi ada pada manusia
yang dapat membezakan kaca dan permata

ada masanya mimpi itu pulang
menyingkap masa silam
memandang ke hadapan

mimpi itu akan terus menjelang
sebuah kehidupan mimpi yang panjang



-Malim Muda-

Isnin, 24 Ogos 2009

Bulan pengorbanan

dingin dinihari
ramadan kembali
mulia suci

pantasnya masa
datang tanpa terasa
pergi tanpa di bela

syukur diri
terasa berseri
atas redha Ilahi

jelajahilah sebulan ini
bersabar yang pasti
ucap kalimah setiap hari

insaf mengenal hati
tunduk menyesal diri
doa memohon mencari

rukuk lah di hadapanku
sujud lah di sejadahku
ampunan dosa lalu

susun jiwamu dalam pengosongan
luhur hatimu dalam perjuangan

demi sebuah keberkatan
demi sebuah keinsafan
bulan pergorbanan



-Malim Muda-

Khamis, 20 Ogos 2009

Makhluk kecil

makhluk kecil itu dicipta
hidup di udara
berabad lamanya

ketika dulu
semua berhati memerhati
makhluk kecil digelar pembunuh bersiri

tiada belas kasihan
tiada sifat perikemanusiaan
menjadi ancaman bencian

kini
ia telah dibangunkan semula
merayap serata meluas empayar

menyedarkan manusia
yang lupa dan alpa




-Malim Muda-

Jumaat, 14 Ogos 2009

Virus Bebabi

virus itu akhir tiba
mendatang manusia
menjengah kita

virus itu berabjad nombor
berasal makhluk kotor
berusul tidak teratur

virus itu menentang laras
zarah menendang panas
koloni menyerang mengganas

selama ini ia menyembunyi diri, berhibernasi
selama ini ia bermutasi hingga berevolusi

hingga lahir antigen bebabi
yang kuat berdiri
berani mati

menyerap masuk celahan
melolos sistem badan
menguji daya tahan

ianya halus berterbangan
ianya ghaib beranginan

menyelubungi udara
menggali lopak-lopak virus
yang entah di mana vaksinnya

orang-orang sains mula pening kepala
mencari air tawar dan penawar
yang boleh menjinakkannya

takutnya manusia kerana sakit
kecutnya manusia kerana penyakit

masih tidak sedarkah kamu wahai manusia
selama ini bergelinang dengan dosa
membuat maksiat dan angkara

mungkin ini bencana
mungkin ini petaka
dari penciptanya..



-Malim Muda-

Khamis, 6 Ogos 2009

Tentera kolar putih

tentera kolar putih
kotor tetapi bersih
hitam tetapi putih

sesamar menjelang waktu
merangkak meluru
ibarat rakus si pemburu

pepatah sang guru
makrifat si pendahulu

kuasa mara
mengunci minda
prasangka agenda

kelakuan lansang
skandal melentang

yang berani dibunuh
yang takut di suruh

itulah tentera kolar putih
bersahabat dengan musuh
bermusuh dengan sahabat



-Malim Muda-

Selasa, 28 Julai 2009

Kata-Kata Pujangga

- ada masanya kita perlu menjadi seperti Hang Tuah dan ada pula saatnya kita perlu menjadi seperti Hang Jebat

- perbuatan diam itu lebih mulia dari bersuara tanpa budi bahasa

- dalam kehidupan ini, kita perlu 'berlakon' untuk memenangi hati semua orang

- buatlah baik pada orang-orang yang jahat nescaya satu hari nanti pintu hatinya akan terbuka jua

- jangan tunjukkan kebodohan kita sebaliknya tunjukkanlah kelemahan kita

- orang yang selalu mengambil kesempatan adalah orang yang berkepentingan

- prinsip hidup yang baik adalah jangan selalu menyusahkan orang

- kita hanya perlu keluarkan sedikit demi sedikit sahaja setiap kelebihan yang kita miliki

- kita perlu gelak ketawa untuk mengisi kekosongan jiwa

- kita tidak perlu takut untuk menghadapi orang-orang yang berkuasa

- kehidupan dengan rahsia adalah sesuatu yang manis


-Malim Muda-

Khamis, 23 Julai 2009

Perancang Antagonis

mencipta ruang
membuka peluang
orang golongan

mengupah si polan
menurut suruhan
mengikut tunjukan

bila kuasa meragui kejadian
secara dua mendahului lawan
tercetus amukan rahsia kumpulan

terjaga dari kewarasan
tersedar dari kesesatan
terbongkar pintu kejahatan

plot cerita digarapkan
klimaks kematian
syarat perjuangan

seribu persoalan
seribu kesimpulan
siapakah dia antagonis dalam pembikinan...



-Malim Muda-

Isnin, 20 Julai 2009

Kata-kata pujangga

- kita suka mendengar kata-kata maaf tetapi kita sukar sekali untuk melafazkannya

- sesuatu persepsi adalah subjektif dan tidak ada sesiapa pun yang dapat mentafsirnya dengan betul dan tepat

- jangan kita mengubah suasana yang sudah sempurna melainkan ianya tidak dapat dikawal

- ada kalanya kita terpaksa membuat dosa untuk mendapatkan sedikit pahala

- kita boleh hidup seribu tahun lagi jika hidup kita penuh bakti yang tidak dipuji

- kita suka membuat helah dan mengambil jalan mudah untuk melepaskan daripada rasa bersalah

- sesuatu semangat itu lebih elok di isi dengan akal berbanding hanya kosong semata-mata

- sifat kuasa dan pangkat hanya salah satu lakonan manusia dan permainan dunia


-Malim Muda-

Rabu, 15 Julai 2009

Semangat yang berakal

semangat berpijak
bersila bertanjak
mengadap berpencak

semangat resah
fikiran berbelah
berdiri darah

semangat kosong
batu jemala dijunjung
bahasa agung dikalung

begitu ramai yang bersemangat
begitu ramai yang beradat

tetapi tidak semua yang semangat kekal
semangat yang berakal..



-Malim Muda-

Khamis, 9 Julai 2009

Propaganda algojo

algojo
melakar keuntungan
mengira kejatuhan

tugasnya mereka ciptaan
mentera-mentera kegilaan
mendukung pujaan

algojo
beradu sabung bertemu taji
memburu tabung yang diperjudi
kalah mati menang berdiri

yang datang bertamu sarang
dilayan hidangan dijamu godaan
hingga senjata makan tuan

merungkaikan persoalan yang berganda
agenda atau propaganda?



-Malim Muda-

Khamis, 2 Julai 2009

Menjejak layang

layang terbang melayang
bagaikan berkawan
gagah menari mengikut haluan

layang selayang pandang
bagaikan berawan
memacu merawan

saat ini, layang itu sudah tiada
hilang jatuh putus nyawa
menjadi satu tanda tanya

tali putus jatuh ke tanah
rongga lerai patah
rangka runtuh punah

dimana ia terbang
mengerbang hilang
tidak pulang-pulang

mungkin layang itu merajuk
tiada siapa yang menggosok
tiada siapa yang memeluk

itulah layang sebenar
itulah cahaya sinar


-Malim Muda-

Selasa, 30 Jun 2009

Hari-hari terakhir

hari hari terakhir
semakin dekat harinya
semakin jauh larinya

meninggalkan teman
menjauhkan kenangan

masanya begitu lekas
detiknya begitu pantas

ku terpaksa berdiri
ku terpaksa pergi
selepas ini

dahulu di sinilah
ku mula bertapak
ku mula bergerak

tempat bermain mesra ketawa
tempat bersaing leka sendawa

tidak pernah ku lupakan
teman seperjuangan
yang bermain di fikiran

harapan tinggal harapan
semoga bertemu lain batasan

esok ku mula melangkah
gagah dalam menyerah
ke dunia berbongkah


-Malim Muda-

Jumaat, 26 Jun 2009

Rejim bertopeng

rejim
besar kecil kepala
bersama ada masa
berguna bila tiada

rejim
satu pakatan dua angkatan
menyamar dalam diam
bertopeng berbelang

rejim
takut berani menyerang
muka mata menerang
hati tawa mengerang

rejim
golongan bergolong
himpun gerak mendukung
klimaks dihitung

gagasan yang di canang
gugusan yang di lancang
mengugur barisan



-Malim Muda-

Isnin, 22 Jun 2009

Daerah helah

satu daerah
dari darah yang mengerah

satu daerah yang penuh helah
dari orang yang mengarah

tipu daya bermain onar
menggoda kata celupar bicara

maksiat licik disorong
ubat kecil melorong

saling berpuak saling berjuak
mengadu domba merawak

kuasa pangkat dikejar rapat
mengisi tempat dalam tarikat

rebutan cantas saingan yang pantas
penyakit menjerit orang-orang pelesit

daerah ini memang tak sunyi dari helahnya…


-Malim Muda-

Khamis, 18 Jun 2009

Makhluk berkaki empat

hari pertama gelagat meloyakan
aksi murahan umpama badut gelakan

lantang bersuara nafsu sebangsa
menebus kuasa hilang ketika

khianat kata lebih bahasa
kurang ajar tidak di duga

hilang malu perasaan
bila hati tiada sesalan

atau iman tiada pegangan
agama tinggal ucapan

orang mula mentafsir cerita
yang asal menjadi rahsia

menjadi bawaan orang pendeta
menjadi suruhan orang seangkara


-Malim Muda-

Isnin, 15 Jun 2009

Surat esok bangsaku

melihat gelapnya langit
mendung bergumpul sengit

menimbus debu putih
tinggal pilu sedih

melakar jerebu hitam
yang legam kelam

suram makin lama menebal
karam makin lama bertampal
menenggelamkan haluan kapal

hatinya tidak bersatu
tajinya bercakar meluru

dendam khianat jadi kesumat
takbur dengki lupa diri
buta hati hilang jati

maruah berkecamukan
darah bergelimpangan

pelahap gila kuasa
penjerat terus ketawa
pengikut terikat ternganga
tinggal nama hilang di dunia

begitulah gambaran baru
suratan siasah bangsaku


apakah ada lagi surat esok untuk bangsaku?


-Malim Muda-

Rabu, 10 Jun 2009

Erdogan baju merah

regunya tersurat
proksinya tersirat
berani untuk mengubah
cemas bila terpisah

wayangnya begitu terpesona kaku
tarinya begini melonjak diri

alirannya hitam rukunnya malam
pengikutnya memejam
sambil bersalam

berlawanan dengan yang putih
berhadapan dengan yang siang

dominasi manipulasi
mainan tranformasi
tetapi sayang hanya minoriti

seharusnya dia kembali
mengenal diri sendiri



-Malim Muda-

Jumaat, 5 Jun 2009

Rombong gelap

rombong gelap
bergerak malam
malam yang panjang

misinya tiada sempadan
tiada haluan

kemana di tuju?
hilir atau hulu
masing-masing tidak tahu

seperti ada orang yang memerhatikan
seperti sudah di atur-aturkan

seribu satu persoalan..



-Malim Muda-

Selasa, 2 Jun 2009

Lelaki di balik tabir

di balik tabir itu
tersembunyi seorang lelaki
yang mencari-cari

di balik tabir itu
tersingkap rahsia
antara rahsia

hina menjadi maruahnya
kecewa menjadi hatinya
derita menjadi perasaannya

lelaki itu sudah lama terseksa
lelaki itu sudah banyak mencuba

masa silamnya adalah musuhnya
masa depannya adalah bayangannya

lelaki itu tahu masanya
penentu segala
demi satu perjalanannya



-Malim Muda-

Jumaat, 29 Mei 2009

Anak-Anak

anak-anak
hidup penuh bekal
membesar mengenal

anak-anak
harus dijaga
kasih sayang seumpamanya
merdeka dalam jiwanya

anak-anak
jangan berdendam bila digenggam
jangan kecewa bila teraniaya
jangan putus asa bila tidak upaya

anak-anak
jangan terburu masa memburu
jangan menyerang masa diserang


ingatlah anak-anak
di seberang sana
ada godaan nafsu yang bertumpu

anak-anak
jangan kau lupa
pesan orang tua
warisan anak muda

anak-anak
sekalipun kau jatuh
pastikan kau bangun semula

anak-anak
mesti berdikari
membina bangsa pertiwi



-Malim Muda-

Selasa, 26 Mei 2009

Insan pujangga

kau insan pujangga
ikhlas rela hati mulia
mendidik negara bangsa

kau menyambung hari semalam
menerus resam menerangi alam

kau bersuara waja
suka dalam duka
senyum dalam ketawa

kau mengajar erti hidup
pengorbananmu setulus hatimu
pemikiranmu sebesar baktimu

kau mengembara
mengasih anak kecil
menjadi anak muda

hatimu suci menanam ilmu
jiwamu kunci permata baru
menjadi pegangan kehidupan
panduan masa depan

kau berkorban jiwa raga
pembela nusa dan bangsa
pendidik bangsa malaysia



-Malim Muda-

Khamis, 21 Mei 2009

Rumah Ini

rumah ini
begitu lama usianya
begitu tua sejarahnya
begitu luas pengalamannya
begitu besar pengorbanannya

rumah ini
mendidik anak bangsa
terdidik anak negara

mencipta arus ilmu
melansungkan wadah terdahulu
menggulung generasi baru

tetapi ada yang berangkara
menyala bara yang melara
membakar hidup yang bernyawa

rumah ini sudah terbakar
rumah ini sudah terluka
terlonggar hilang peragar
terpatah tumbuh pelaga

rumah ini
begitu ramai orang-orangnya
begitu ramai anak-anaknya
begitu ramai cucu-cicitnya

siapakah pencetusnya?
siapakah petualangnya?
memegang laras bahasa
mengarang khabar duka

angkara siapa yang durjana
rumah ini dihina
rumah ini merana

membunuh kejayaan meruntuh pencapaian
yang di bina dengan kekuatan
yang di asas dengan pertahanan

ayuh ! kita bersumpah
elak sesama bertelagah
jangan sampai hilang maruah

dari jejak keringat
dari tanjak semangat
kita terus berdiri
kita terus berlari

menyusuri wadah perjuangan
menyeberangi lautan zaman
mendaulat warisan bangsa gagasan
demi Ibu Kandung Suluh Budiman


-Malim Muda-

Isnin, 18 Mei 2009

Pertemuan rahsia

jam berdetik lagi
masa berjalan tidak henti

aku sedang bersiap menuju destinasi utama
berjumpa dengan sang penduga

sempat kah masa ini
takut gagal lagi seperti masa lalu

tiba-tiba hati aku berdebar
dua jantungku bergetar
perasaan ku terketar

apakah dia sudah tahu rancangan aku?
mungkinkah dia setuju dengan aku?

aku sudah nekad
biarpun apa terjadi
aku akan teruskan

meskipun aku dimalukan
dihina dan dihukumkan

aku akan mencuba
aku akan upaya

hanya yang berkuasa menentukannya
rahsia ini akan kekal sebagai rahsia


-Malim Muda-

Selasa, 12 Mei 2009

Halal Haram

yang halal dan yang haram
bila bercampur boleh jadi yang halal
bila bergumul boleh jadi yang haram

yang halal campur yang haram jadi halal
yang haram campur yang halal jadi haram

yang halal diluar, yang haram di dalam
yang haram diluar, yang halal di dalam

bila yang halal disahkan haram, yang haram jadi halal
bila yang haram disahkan halal, yang halal jadi haram

yang pasti kita mesti memilih yang halal dari yang haram


-Malim Muda-

Rabu, 6 Mei 2009

Benda gila

benda gila
benda itu semakin gila
mencari setiap masa
menyambung kembali badan bernyawa

benda gila
kalau lemas boleh lena
kalau sesat boleh merana

benda gila
ghairah berlari ke sana
dalam siang yang berdosa
hingga ke malam mentera

masih ada lagi tidak puas
masih ada lagi yang buas

apa yang kau cari selama ini?
apa yang kau dapat selama ini?

tidakkah itu sudah mencukupi
tidakkah itu sudah merangkumi

seharusnya kau bersyukur
memanjat ikatan hukum
antara pencipta dan hambanya

dan ingatlah
semua yang ada bukannya untuk kita..


-Malim Muda-

Isnin, 4 Mei 2009

Nasib dunia akhir zaman

nasib agama di akhir zaman
kembali asing dari pandangan
ramailah orang sudah lupakan
rukun islam dan rukun iman

wahai ke mana arah tujuan
bila agama sudah lupakan
marilah kita cuba hidupkan
sunah junjungan syariat tuhan

bila harta jadi idaman
wang di anggap sebagai tuhan
hilanglah malu dan rasa segan
meminta rasuah jadi amalan

sifat amanah akan hilang
dari kalangan orang terbilang
tipu menipu tiada sumbang
nasib dunia bertambah malang



-Malim Muda-

Khamis, 23 April 2009

Penyakit Gila

penyakit gila
paparan surat berita
setiap hari tiap masa

tidak kira bangsa
tidak pilih agama
tidak bilang usia

mabuk minum madu
hisap sedut abu
ganja dadah syabu

patutlah otak mereka jadi beku

perangai macam haiwan
enam jahanam jadi kawan
iblis syaitan naik sawan

mereka tak boleh buat kawan

mencuri meragut
mangsa korban dijerut
meronta mencarut
yang hidup tinggal parut
yang mati hilang larut

mereka memang tiada isi perut

ada pula congak dongak
tangan kaki samun merompak
hasil peluh keringat di tetak
yang diam di sepak
yang lawan di kapak

begini lah kalau kepala lutut jadi otak

ada cakap mencarut kasar
tidak hormat tiada rasa
berlagak sombong rasa besar

jenis mereka ini tak boleh di ajar

rambut panjang warna perang
pakai rantai pakai gelang
ada juga yang pakai subang

dari jauh tak macam orang

suka merempit suka menyempit
bila di kepit genit, terus menghimpit
episod le tour menjerit

mungkin otak mereka keras & sempit

muda genit melaram hebat
baju sendat kain ketat
ada geram memasang jerat

rasanya mereka dah jadi orang barat

malam semakin larut
liuk lentuk bahu sangkut
perlahan lahan ‘lauk’ di angkut

agaknya hukum tuhan mereka tak takut

berpeluh halal merogol
nafsu sama suka bergumul
si dogol menyondol hutan gondol
maruah hawa dijudul

kasihan.. nasi dah jadi dodol

bila perut naik buncit
tenaga gigil sakit perit
keluar bayi basah jerit
campak buang anak di parit

mereka lupa yang di sana nanti panas terik

takdir tuhan ada dua
kuat nyawa hidup jua
lemah mati masuk syurga
yang buncit tanggung dosa
yang sondol masuk neraka

mereka ini patut di sula sahaja

ada yang gagah pantang dicabar
salah sedikit mahu di langgar
bila semangat berkobar-kobar
buku tangan hilang sabar
tapak kaki jadi lebar

mereka ini tak boleh di kasar

ramai berkumpul
memukul sampai tumpul
seorang merabun membalun
dua orang berasak bergasak

mereka ini masa lahir tak cukup masak

ada suku gila sampai menyeksa
ada separuh gila sampai membunuh
ada naik gila terus bakar

mereka bukan lagi manusia

kalau hidup, anggota tinggal hanya sepuluh
kalau mati, tidak boleh dicari ganti

banyak, yang menggeleng kepala
sedikit, yang diam seribu kata
jarang-jarang, yang menangis duka
kadang –kadang, yang insaf kepadaNya


dunia sekarang hilang seri
bila racun dijulang tinggi
ramai manusia sesat diri
tak kurang juga yang tak boleh berdiri

jangan kita alpa dan leka
pimpinkan mereka agar duduk semula
doakan mereka agar kembali bersila

ini adalah bala dari Yang Maha Kuasa
supaya kita insaf kepadaNya



-Malim Muda-

Isnin, 13 April 2009

Alkisah satu ceritera

bendahara itu mengeluh dan menundukkan wajahnya
makin tunduk makin tersengguk
memanda muda di sebelahnya hanya tersenyum
tersenyum dengan gelagat bendahara

bendahara akan turun dari takhta sepurnama lagi
pada purnama tiga, bendahara akan mengosongkan istana hinggapnya
setelah tamatnya perhimpunan tanah indera pura,
bendahara tidak akan kembali ke kediaman rasminya
di istana indera pura.

keesokan harinya, beliau akan bertukar gelar menjadi rakyat biasa
sebagaimana yang terdahulu darinya.
tiada lagi dayang-dayang membawa santapan.
tiada lagi mewah di raja.
tiada lagi persalinan indah...dan itulah yang
membuatkannya terkejut dari tidurnya....

pada ketika itu, memanda muda menerajui kuasa negara.
bendahara menjeling ke arah insan yang bakal mewarisi takhtanya.
"harap-harap memanda muda tidak buat macamana
aku lakukan pada raja sebelum aku dulu", itulah harapannya.
memanda muda itu membalas jelingan bendahara seraya berkata benaknya.
"akan ku bina kembali kegemilangan tanah indera pura ini...


-Malim Muda-

Selasa, 7 April 2009

Hari Penentuan

Cerita 1
tersebutlah seorang pendeta yang menikus di dunia angannya.
dikelilingi oleh orang-orang pagar.
suka menaiki kuda suruhan yang ditunggangi dengan laju.
harapan satu ciptaan beradu

Cerita 2
kerja Penglipurlara berlagu hikayat.
selalu asyik mendendang lagu rakyat.
semua terpinga dan terpercaya kaum kerabat.
segerombolan orang gasar memang suka berkata “Sungguh ajaib, memang hebat”

Cerita 3
setelah merantau ke negeri orang, Mergastua kembali pulang ke sarangnya.
walaupun berusia, paruhnya masih tajam.
meskipun matanya hampir kabur tetapi tulang temulangnya masih utuh.
demi mempertahankan maruah keturunannya

penentunya akan berlaku bila utusan memanggil jawapan



-Malim Muda-

Jumaat, 3 April 2009

Pangkal Jalan

Seruan yang diperintah
Kita bantah, kita ubah

Wasiat yang di amanah
Kita serkah, kita perah

Kebusukan, kekotoran timpa melanda
Benih membuahkan malapetaka

Semacam ada kehilangan maruah pegangan
Menjadi perubahan yang sudah lama difikirkan

Seolah dikurungi di dalam gua
Yang berselirat makhluk di dalamnya
Berpaut melingkari kita

Sejauh rasa sesepi sunyi
Sedih pilu menyelubungi diri
Kasihan yang berhati

Kita masih lagi terkial-kial
Kita masih lagi terpinga-pinga

Mencari pintu pangkal jalan yang masih berguna..



-Malim Muda-

Selasa, 31 Mac 2009

Sesat dalam diri

Timbulnya rayu
Fikirannya menipu
Baru atau lama
Akal mengira atur berkata

Untungnya pasang, ruginya surut
Kantung atas perlahan menyedut

Dua bertopeng muka
Yang bawah sibuk bekerja
Yang atas berlingkar raja

Mata celik terus buta
Mata sepet ketawa-ketawa
Merancang empayar
Wilayah mereka

Jual air jual minyak
Yang beli rasa tamak
Rela paksa meminjam saudagar
Silap hari menuntut cagar

Memperbodohkan tak terperi
Baik si dewa atau si dewi

Aku tak pasti
Adakah maksud ini akan difahami
Tapi biarlah sebab aku tak peduli
Yang faham, baguslah sekali
Yang tak faham sesal sendiri

Rupa-rupanya
Masih ada lagi yang sesat
Dalam dilema mulema ini...



-Malim Muda-

Khamis, 26 Mac 2009

Gelorakal

Kelacuran ceritera berlarutan
Apabila dongeng menyeberang lautan

Kelansungan wadah diteruskan
Atas batu jemala yang diagungkan

Pintu masih lagi belum dibuka
Di kanan hujan tidak berhenti duka
Di kiri ribut tidak berhenti suka

Menggeletar tidak berbilang
Perit jerih tiba-tiba mendatang
Seruan disahut di angkat di julang

Siulan anak-anak wajah sendiri
Menyiram bumi menanam budi
Menyambung warisan pertiwi

Di sana gerombolan
Menanti ruang peluang
Mencabar yang kurang

Seturunnya tanjak
Dari darah dan semangat negarawan

Seturusnya jejak
Dari zarah dan keringat pahlawan

Ayuh !!
Kita memerlukan satu transformasi
Yang jatuh bisa bangun berdiri



-Malim Muda-

Selasa, 24 Mac 2009

Hikayat Sang Algojo

Dahulu ia menikam
Memancung dan menerkam
Bagai harimau yang berbalam

Gigitannya berbisa
Akalnya bergeliga
Sinisnya berpura

Firasat penuh khianat
Dendam penuh kesumat
Semua saing musuh ditawan
Dilawan hingga tak karuan

Tetapi mergastua licik di dada
Perancang utama dimainkannya
Merungkai persulitan yang sudah diduga

Banyak gugusan yang berpaling
Menongkah arus kering
Kiblat yang mengereng

Sang algojo gundah gulana
Tiada tempat membuat onar
‘Orang-Orang’ sudah tunjuk rupa

Kitab tidak bererti
Kuda tunggangan ditangkap lari
Pokok bergoyang sudah terhenti

Sepandai-pandai sang algojo menari
Akhirnya ia jatuh ke tanah tempatnya berdiri…



-Malim Muda-

Khamis, 19 Mac 2009

Orang itu

Dahulu orang itu mempunyai kata
Menutur bicara bersantun bahasa
Memagar kasta memulas kuasa

Menyusun akal mengatur onar
Pertaruh mangsa dengan sempurna
Bila tibanya bergolak rasa
Rapuh bahana hancur binasa

Orang itu sudah mulai sedar
Terjaga dari masa tidur yang lena
Hukuman timbang tara menjadi angkara

Mencari punca penyebab petala
Menunjuk sebab bukan sengaja

Yang melarang sudah dilarang
Gerangan tinggi tinggal harapan
Asal dapat duduk di sarang



-Malim Muda-

Selasa, 17 Mac 2009

Perhitungan

Bermulanya pertarungan antara dua kumpulan
Bermulanya pertempuran antara dua gerakan

Segala percaturan, segala perancangan
Akan menjadi perundingan

Yang musuh boleh runtuh
Yang kawan boleh lawan

Yang gagah akan mara
Yang lemah akan sengsara

Mencari kedudukan
Mencari kepentingan

Baris hadapan dibelakangkan
Baris belakang dihadapankan

Yang lupa daratan dikalahkan
Yang berwawasan dimenangkan

Keadaan memaksakan
Situasi tidak mengizinkan
Perubahan mesti dilakukan

Demi meneruskan perjuangan..



-Malim Muda-

Jumaat, 13 Mac 2009

Orang-Orang

Orang-orang
Sejenis manusia punya peluang
Sebangsa seagama
Manipulasi ruang

Orang-orang
Kata-katamu melayang
Fikiran penuh bayang

Apa yang kau cari?
Pahala sendiri

Apa yang kau beri?
Dosa sendiri

Racun berkata nafsu senada
Bermuka rupa tidak percaya

Akalmu berasingan
Hatimu menggunakan
Niatmu menghalalkan

Kehidupan bukan sekadar perjalanan
Ianya pengharapan..


-Malim Muda-

Selasa, 10 Mac 2009

Doa



Tuhanku
Dalam termangu
Ku sebut namaMu
Biar susah sungguh
Mengingati Kau
Penuh seluruh

Tuhanku cahayaMu
Panas suci
Bagai kerdip lilin
Di kelam sunyi

Tuhanku
Aku hilang bentuk
Kembara di negeri asing
Tuhanku
PintuMu ku ketuk
Aku tak bisa berpaling



-Zubir Ali-

Khamis, 5 Mac 2009

Pokok

Di bawah pokok
Ada berdiri ada duduk

Ada berkata dusta
Ada menjual suara

Mengusul cerita
Membuat onar luka
Memanggil sokongan
Kaki dan tangan

Berkerumun mengelilingi
Menari tarikan tersendiri

Apa yang dirai?
Membilang hari atau menjilat jari

Meneriak serentak
Memekak hentak
Apa yang diburu?
Barangkali hantu

Hari ini dalam sejarah
Mengarah kerah
Sidang luar daerah

Panas sejuk berangin
Pastinya bangsa mat jenin terus kepingin
Sedangkan bangsa lain tersenyum dingin



-Malim Muda-

Rabu, 4 Mac 2009

Mabuk Kuasa



Hoo hoo hoi siapakah gerangan
Berteriak seperti kodok memanggil hujan
Tak kenal kah aku Maharaja Kebesaran
Berkuasa di darat dan di lautan

Itik manakah yang bersuara itu
Mengaku raja seperti aku
Nanti ku sumpah menjadi batu
Baru lah tahu untung nasibmu

Cis !! Berani lagi menjawab kata
Dihadapanku menunjuk derhaka
Ku seru langit dan bumi bertepuk
Terpenyeklah engkau wahai si kodok

Alangkah bodohnya tingkah si kerdil
Bagai sang bangau dengan sang kancil
Kalau ku terpenyek engkau pun kemek
Seperti lempeng yang kena gelek

Hoo hoo hoi janganlah terlalu gila kuasa
Aku pun raja berdaulat juga
Kita mulia kerana kuasa
Mabuk kuasa mula jadi gila

Rupanya kita bersaudara

-Wahid Satay & Alias Kadir -

Isnin, 2 Mac 2009

Satu Penantian

Malam kedinginan
Hujan turun kebasahan
Sejuk ketenangan

Aku termenung sendirian
Memikirkan kejadian
Perubahan kehidupan

Dimanakah kematangan?
Dimanakah sifat manusia kalangan?
Dimanakah budaya yang didatangkan?
Dimanakah hati budi yang dilaungkan?

Ada sesuatu yang tidak kena
Menyelubungi suasana
Ada sesuatu yang luar biasa
Melingkari konflik semasa

Itu bukan budaya kita
Itu bukan bangsa kita

Dan itu bukan demokrasi kita
Bukan perjuangan kita

Mungkin ini pengakhiran
Bagi satu episod perjalanan

Mungkin ada lagi cahaya
Di sebalik kekusutan
Aku masih menantikan..



-Malim Muda-

Rabu, 25 Februari 2009

Sang Penglipurlara

Kau penglipurlara
Bercerita mengadun kata
Bahasa dusta pendeta

Kau masih serupa
Memegang watak yang sama

Berperang bergelut
Karut dan kalut

Memasang umpan di hujung jerat
Sambil menggoyang perangkap berat

Mentera kau sifir
Hembusan kau kafir
Berfikir dan terus berfikir

Siapa yang kau dendam?
Lama sudah kau memendam

Siapakah yang kau benci?
Yang kau maki dan caci

Gelap hatimu
Hitam kalbu mu
Panas dan berbulu

Selangkah demi selangkah
Perlahan kau menongkah
Semua nya kau pangkah

Tetapi itu semua hanya angan-angan semata
Mimpi dan angan kau satukan bersama
Demi memuaskan nafsu gelora

Kau sudah lupa yang di atas sana
Penentu segala-galanya



-Malim Muda-

Isnin, 23 Februari 2009

Gelanggang Tiga

Gelanggang tiga
Pertandingan beradu suara
Pertunjukkan lagak dan gaya
Perebutan pangkat dan kuasa

Akan dimulakan tidak lama lagi
Siang bertukar malam berganti
Hari bertambah bulan menanti

Peserta dari segenap daerah
Mencuba nasib tuah, pantang menyerah
Penyokong dibawa senang dikerah

Menunjuk kekuatan bukan halangan
Mencabar saingan berebut jawatan
Mengejar impian yang tak pernah kesampaian



-Malim Muda-

Khamis, 19 Februari 2009

Gantung?

Gantung bergantungan
Perang berpanjangan
Negeri bergoncangan

Kuasa nafsu dijampi
Untuk membela bangsa sendiri
Tetapi rupanya ada niat di hati
Membuat agenda tersembunyi

Maruah telah dihina sebegitu rupa
Atas dasar menegakkan kepala
Mementingkan diri semata

Tanah yang berseri direbut kembali
Tanah yang suci menangis budi

Peristiwa itu satu sejarah
Luka lama kembali berdarah
KepadaNya kita menyerah



-Malim Muda-

Selasa, 17 Februari 2009

Antara Bukit

Tercetus angkara
Bila bukit antara bukit
Akan bersengketa sesama tidak lama

Apa yang ada di sebalik bukit itu?
Hingga menjadi rebutan dua kumpulan
Menjadi pengukur kekuatan

Dan juga menentukan pilihan
Yang akan mengetuai jalan
Menuju hadapan

Akan pasti lah

Emas bertaburan
Cerita bersahutan
Umpan bergantungan
Melimpahi berkoyan-koyan

Hanya satu kemenangan.. perbarisan atau pembangkitan



-Malim Muda-

Isnin, 16 Februari 2009

Pena Bersuara

Baru sekarang kau mahu bersuara
Menjunjung martabat bahasa ibunda
Bahasa melayu bahasa negara

Dulu mengapa kau senyap
Seolah kau telah lenyap

Dulu mengapa kau takut
Seolah kau melukut

Dulu mengapa kau diam
Seolah kau mengeram

Mungkin masa itu tiada keputusannya
Mungkin masa itu tiada rumusannya

Nah! Semua telah tahu
Apa yang dirancang terdahulu
Satu keputusan terburu-buru

Mungkin selepas ini ia akan diubah
Demi anak bangsa yang sudah terngadah

Dan kebarangkalian banyak lagi yang dibongkar
Menunggu masa untuk di selongkar



-Malim Muda-

Jumaat, 13 Februari 2009

Sayap Kiri

Ketua itu sudah mula curiga
Bila yang lain sudah mula..

Bersuara kepentingan bangsa
Persoal hakmilik bersama
Berkira janji yang dikata

Ketua itu sudah terperangkap
Bila yang lain sudah serkap..

Mengunci peluang merampas cekap
Membuka pekung diri yang lengkap

Tetapi akhir-akhir ini
Ketua itu sudah merasakan seperti sayap kirinya
Sudah tidak berfungsi lagi



-Malim Muda-

Rabu, 11 Februari 2009

Siapakah yang benar?

Keadilan timbang tara
Mengukur nilai lentera
Perundangan menjadi ketua
Menimbangi rentak semasa

Ahh !!
Sulit untuk mentafsirkan
Pening untuk memikirkan
Apa yang bergantungan

Apakah ada jawapan segala kekusutan?
Apakah ada simpulan segala keputusan?

Siapakah yang benar?

Aku kah yang benar?
Atau dia kah yang benar?



-Malim Muda-

Selasa, 10 Februari 2009

Perak dilanggar demokrasi

Rintangan penuh duri
Cabaran berganti hari
Tentangan tidak henti

Ada yang berdemostrasi
Ada yang berdiam diri
Ada yang beristifar sendiri

Adakah ini rancangan?
Suratan atau kebetulan

Niat khianat tidak menyempat
Pantang melayu langgar tempat
Hilang suci bahasa makrifat

Bukan adat melayu menderhaka
Bukan budaya melayu menjadi petala
Bukan bangsa melayu menjadi celaka

Wajib tunduk perintah Tuhan
Patuh taat titah Sultan
Akur dan ikut undang perlembagaan

Yang benar teruskan perjalanan
Yang sesat ke pangkal jalan..


-Malim Muda-

Jumaat, 6 Februari 2009

Perak Darul Ridzuan



Perak Darul Ridzuan
Negeri indah permai
Penduduknya hidup aman damai
Dinaungi keadilan sultan

Kuala Kangsar Bandar Diraja
Iskandariah istana ternama
Tempat bersemayam Baginda Paduka Seri
Menjadi lambang tunggak negeri

Bukit Larut
Waktu malam... berkelipan
Udaranya sejuk nyaman menyegarkan
Indahnya ciptaan Tuhan

Di tengah samudera biru
Pulau Pangkor dengan pantai yang bersih
Tempat bersukaria tumpuan para pelancong
Pemandangan indah yang terbentang

Lihat padi menguning
Menambah seri Daerah Kerian

Di Hilir Perak
Nyiur melambai-lambai
Oh sungguh subur tanah airku

Kinta daerah tengah
Hasilnya bijih timah
Batu Gajah bandar yang bertuah
Tempat Keputeraan Seri Sultan

Hulu Perak nun di utara
Kaya dengan sumber hasil hutannya
Tersergam empangan tinggi menjulang
Segagah wira di perbatasan

Pasir Salak
Bersejarah dan berdarah
Dato Sagor, Dato Maharajalela
Gugur pertahankan bangsa

SITC maktab tertua
Gedung ilmu bakti suluh budiman
Lahirkan cendekiawan
Pejuang bangsa negara
Kekal abadi sepanjang zaman

Perak makmur bahagia
Dengan sembilan daerah yang ada
Betapa indah tanah air tercinta
Sejahteralah Perak
Oh negeriku
Perak… Perak…
Oh negeriku

Khamis, 5 Februari 2009

Peluru Terakhir

Perundingan sudah bermula
Percaturan sudah mengena
Perjuangan kembali bernyawa

Peristiwa jadi parah
Perhitungan hancur musnah
Pengalaman jadi sejarah

Petualang tinggal hilang
Bila dijulang tinggal bayang

Peluang kembali terang
Bila diam senyap serang

Peluru terakhir diisi
Genggam erat hingga mati

Untuk merampas kembali
Tanah pusaka yang suci


-Malim Muda-

Rabu, 4 Februari 2009

Tanah Pusaka



Sungguh gemilang negeriku
Yang kupuja oh tanah Malaysia
Diseluruh dunia negaraku
Yang berdaulat negaraku

Aman makmur kaya-raya
Selama-lama hidup maju jaya
Oh tanah pusaka
Negaraku yang berdaulat dan merdeka

Tanah pusaka bertuah
Berbagai bangsa didalamnya
Hidup aman dan bersama
Bertekun kerja untuk Malaysia

Musuh melanggarku gempur
Sungguh rela kugugur kerana
Kau tanah pusaka
Biar putih tulang jangan putih mata


Lagu :Ahmad Marican
Lirik :Wan Ahmad Kamal

Isnin, 2 Februari 2009

Oh ! Lompat

Semua buah ternyata bersedia
Menggerak pasukan yang ada
Mengatur kumpulan istimewa
Merangka sejarah bakal tercipta

Bekalan barang jadi tarikan
Kuasa jawatan jadi habuan
Semua taruhan jadi umpan

Ada yang sudah mula bertindak
Hunus senjata jatuh tanjak
Tetapi mereka kurang bijak
Gerak geri mereka sudah di agak

Ada pula yang mula melompat
Apabila ada orang mula rapat
Melompat kerana pilihan tepat
Melompat mahu untung cepat

Ada pula yang berada ditengah-tengah
Fikiran pening hati berbelah
Melawan kental atau kangkang menyerah

Yang pastinya
Tuhan Maha Kuasa
Penentu segala-galanya


-Malim Muda-

Jumaat, 30 Januari 2009

Sekutu Tapi Seteru

Peliknya mereka itu
Bersekutu sama berguru
Tetap saling berseteru

Dendam dipendam merindu haram
Dengki dihati berlaga taji
Padang pertempuran dinanti

Tak sehaluan lain tujuan
Tak serapat lain pendapat
Tak sebulu lain sepatu

Mereka sudah lupa bahasa dahulu

Bersedia sebelum binasa
Berhati sebelum mati
Bersatu teguh sebelum roboh

Kekayaan dijulang maruah dijerang

Sebangsa sedarah seagama
Tetapi bersengketa sesama

Pusingan akan berlaku sekali lagi
Bila bangsa tidak bersatu hati



-Malim Muda-

Khamis, 29 Januari 2009

Ini Bukan Demokrasi Kita



Sampai kapankah kematian
Ibu tua dan anak kecil
Nyawa yang menjadi korban
Atas nama demokrasi

Sampai kapankah kehancuran
Tamadun yang dibanggakan
Darah merah jadi saksi
Kehebatan demokrasi

Apabila demokrasi datang
Bersama laskar dan senjata perang
Musnah lah kedamaian
Musnah lah keindahan
Yang tinggal kesengsaraan

Budaya pun bertukar ganti
Moral pun rosak dan keji
Minda dibuai ilusi
Yang bernama demokrasi


-Sohami Mior Hassan-

Rabu, 28 Januari 2009

Stesen Palsu

Di satu stesen api
Tempat mati keretapi
Pusat sehenti

Ada orang yang menunggu buntu
Ada orang yang merenung termenung

Ada orang yang mengikut takut
Ada orang yang menangguh sungguh

Orang-orang jadi lakonan
Seribu kata penuh kiasan
Petikan gitar buat mainan

Sebuah beg jadi ikutan
Sepasang tiket jadi panduan

Ada orang selesa duduk
Ada orang diam bertawaduk

Ada orang menongkat berdiri
Ada orang baring diri

Jarum jam bergerak dua belas jam
Yang sedar mata menajam
Yang tak sedar terus memejam

Semua ini hanya palsu
Sedikit yang sudah tahu
Yang lain masih tidak tahu
Menunggu keretapi yang satu



-Malim Muda-

Jumaat, 23 Januari 2009

Obama

Dari anak mata
Melihat presiden Amerika
Melihat Barrack Obama

Adakah ia sekadar boneka?
Hanya menutup mata
Hasil ‘kerja tangan’ mereka

Adakah ia mengikut ketua?
Mainan proksi kuasa
Paksi yahudi negara

Adakah ia boleh diharap?
Boleh selesai masalah yang kerap
Atau simpan sahaja buat perap

Adakah ia boleh mengubah?
Mana satu yang ditadah
Sembah atau rebah

Adakah ia memang bijak?
Memajak sambil memijak
Supaya Amerika boleh lonjak

Harapan dunia tinggal hayat
Dikala tali persahabatan Islam Barat
Sudah putus dua kerat

Kita mengharap perubahan
Anggapan atau angan
Kerana impian itu tidak pernah menjadi kenyataan



-Malim Muda-

Khamis, 22 Januari 2009

Berita Kepada Kawan



Perjalanan ini
Terasa sangat menyedihkan
Sayang engkau tak duduk
Disampingku kawan

Banyak cerita
Yang mestinya kau saksikan
Di tanah kering bebatuan

Tubuhku tergoncang
Dihempas batu jalanan
Hati tergetar menatap
Kering rerumputan

Perjalanan ini pun
Seperti jadi saksi
Gembala kecil
Menangis sedih

Kawan cuba dengar apa jawabnya
Ketika di ku tanya mengapa
Bapak ibunya telah lama mati
Ditelan bencana tanah ini

Sesampainya di laut
Ku khabarkan semuanya
Kepada karang kepada ombak
Kepada matahari

Tetapi semua diam
Tetapi semua bisu
Tinggal aku sendiri
Terpaku menatap langit

Barangkali di sana ada jawabnya
Mengapa di tanahku terjadi bencana

Mungkin Tuhan mulai bosan
Melihat tingkah kita
Yang selalu salah dan bangga
Dengan dosa-dosa

Atau alam mulai enggan
Bersahabat dengan kita
Cuba kita bertanya pada
Rumput yang bergoyang


-Ebiet G. Ade-

Rabu, 21 Januari 2009

Berhormat vs Berkhidmat

Yang berhormat duduk bersahaja
Yang berkhidmat rajin bekerja

Yang berhormat gaya berzaman
Yang berkhidmat gerakan iman

Yang berhormat bersaing handal
Yang berkhidmat sendiri amal

Yang berhormat menabur janji
Yang berkhidmat menabur budi

Yang berhormat mengejar pangkat
Yang berkhidmat menadah berkat

Yang berhormat memburu kuasa
Yang berkhidmat bersyukur sentiasa

Dan itulah roda permainannya
Setiap masa setiap ketika

Sepandai-pandai yang berhormat
Akhirnya kalah penamat

Sekecil-kecil yang berkhidmat
Akhinya menang cermat



-Malim Muda-

Isnin, 19 Januari 2009

Ada masanya..

Ada kalanya..

Kita terpaksa menipu untuk menegakkkan kebenaran jitu
Kita terpaksa mencarut untuk mematahkan yang karut

Kita terpaksa berpura-pura untuk melindungi diri kita
Kita terpaksa berahsia untuk menyembunyi harta kita

Ada tikanya..

Kita terpaksa mementingkan diri untuk dapat berdiri
Kita terpaksa mencuri untuk dapat berlari

Kita terpaksa memijak supaya dapat kita lonjak
Kita terpaksa mati demi untuk selamat anak sendiri

Ada waktunya..

Kita terpaksa takut semasa kita berani
Kita terpaksa berundur semasa kita kendur
Kita terpaksa berdendam demi maruah yang dipadam

Dan ada masanya..

Kita terpaksa melakukan dosa
Untuk mendapatkan sedikit pahala..



-Malim Muda-

Jumaat, 16 Januari 2009

Tuan Kapak, Hamba Parang

Si tua mengarang
Hendak berparang
Yang lain mengasah
Kapak mengepak

Jari tunjuk jadi suruhan
Jari ibu buat ukuran
Terukir ayat mati
Sanggup mati demi anak sendiri

Di takuti di geruni
Dahulu dan kini
Getarannya sekelip
Kilasan berbelit

Senjata halal haram
Dibayangi sesiang semalam

Memang kuat!
Belikat timbul urat
Sendi tulang berat

Larang ada pantang
Makan tak boleh panjang
Langgar, nahas menjelang



-Malim Muda-

Rabu, 14 Januari 2009

Jalan seribu sesat

Tiba-tiba sahaja langkahku terhenti
Akalku berfikir tertutup mati
Kakiku kaku, lidahku kelu

Baru ku sedar kenapa ku begitu
Aku sekarang berada dua simpang
Pandangan sayup jauh melapang

Aku mengatur pernafasan
Bergerak perlahan berkira fikiran
Yang mana jadi pilihan

Jalan itu lah jalan hari ini
Jalan itu yang membuatkan orang sesat selama ini

Mungkin ada erti kehidupan sebenar
Jalan kehidupan jalan ikutan
Jalan nikmat penuh khianat
Jalan duniawi jalan mati

Jalan itu bukan jalan lurus
Jalan itu bukan turus

Apakah yang ada disebaliknya?
Hingga orang berpusu-pusu melihatnya..



-Malim Muda-

Selasa, 13 Januari 2009

Sindiket Komplot

Ada sindiket berpiket
Bikin episod plot
Merancang senyap
Membunuh lenyap

Siapa yang jadi upahan?
Siapa mangsa jadi korban?
Konspirasi dicanang
Kontroversi senang lenang

Ha... Ha…Ha…
Gelak tawa mereka
Jalan cerita gembira

Yang mangsa kambing hitam
Sudah menjadi resam

Yang kuat sang badak
Menggempur meledak

Yang elit duduk bersila
Itulah harimau tua

Ada alat diperalat
Ada cerita direka
Sajian hamba

Cerah berjaga
Gelap siap siaga
Kalau terbongkar, naya
Kalau pecah, celaka

Si Tua hanya menggeleng kepala..



-Malim Muda-

Sabtu, 10 Januari 2009

Sahabat Gua

Berapa banyak bintang di langit
Engkau hafali ya Sahibul Kahfi
Tak akan sama bintang yang satu ini
Yang kau kenali di dalam hati

Terang walaupun dia tersembunyi
Cemburukan matahari
Cahaya berseri-seri
Jika engkau kenali

Kita ditakdirkan lari
Jauh dari kezaliman
Terperangkap dalam gua ini
Hingga masa Tuhan tunjuk kebenaran

Mari ikut rentak ku
Rentak tari dulu-dulu
Lagu marhaen sederhana
Disini tiada duka
Terima saja dengan redha

Kerana pegangan
Engkau hadapi
Dugaan ini ya Sahibul Kahfi

Kamil !
Kalimah kebenaran telah zahir
Tak usah engkau ragukan
Kita datang dari dia
Kita pulang padaNya

Banyak ayat mujarobat
Bisa menawarkan luka
Namun penyakit jiwa ini
Tak bisa ditawan tanpa penyerahan



-M.Nasir-

Jumaat, 9 Januari 2009

Mayat Berdengkur

Ada manusia iras mayat
Hidupnya berkiblat
Berjalan kelibat
Menuju habitat

Hidupnya sia-sia
Lelap pejam mata
Bagai orang buta

Hmmm……..

Dalam jaga kau tidur
Berani tapi suka berundur

Dalam tidur kau jaga
Berkuasa tapi tak pandai berlaga

Waktu tidur kau berdengkur
Belum lawan sudah tersungkur

Bila tak boleh berdiri
Hidup kau bagai mati

Bila tak boleh duduk
Kau merangkak meranduk

Hairannya..
Ada yang kasihan semula..
Ada yang berkata tidak apa..
Ada yang kembali suka..

Mengapa?
Kenapa?

Dunia ini sudah terbalik
Pelik.. ..Pelik..



-Malim Muda-

Khamis, 8 Januari 2009

Zion Nion II

Kau bawa perang
Puak bersekutu kau tatang
Puak musuh kau tentang

Kau hulur tempur
Ramai mati kapur
Mayat berterabur

Kau pengecut bila menyerang orang takut
Kau dayus bila membunuh orang kurus
Kau tamak bila merampas nyawa anak

Kau sungguh berkuasa
Hingga lain takut bersuara
Campur tangan tidak mengena

Siapa di belakang?
Siapa jadi dalang?
Siapa perancang?

Proksi? Kongsi? Paksi?

Angkara Negara Agung
Senyap menyokong mendukung

Sumpah janji sumpah kalam
Selagi ada tentera kejam
Selagi itulah akan mati di tangan islam

Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar!



-Malim Muda-

Rabu, 7 Januari 2009

Penjajah Otak

Bila siang menjelma
Malam turut tiba
Ada orang mula bekerja

Datang kau tak berbilang
Bila kau sendiri tak hilang
Kaulah manusia petualang

Kau merancang sesuatu
Caturan kau mendapat restu
Berkat nawaitu

Kau datang menyilau
Suara kau berkalau
Mencari lagi pulau

Mereka ini suka bercerita
Dalam diam mengatur derita
Untuk hidup saudara sekata

Ahh! Semuanya terikut
Ruang lingkup kau tutup
Ramai sangkut jadi pengikut

Ahh! Semuanya tertipu
Percaya sahaja begitu
Tidak fikir dahulu

Licik dan pintar
Warna hilang pudar
Tak ramai yang sedar

Tapi ada pengikut berani mati
Semangat tinggi subur di hati
Berpatah arang melawan kembali



-Malim Muda-

Selasa, 6 Januari 2009

Kayuhan Menjerit

Mengayuh mengereng
Berpusing menyinsing
Peluh mengering

Muda belia turut serta
Buat reformasi terbuka
Sandiwara semata

Berarak tak terkawal
Berlagak tunjuk segak
Menunjuk ikut telunjuk

Apa yang diperjuangkan?
Buat apa dilayan..

Apa kehendak?
Menjerit meneriak..

Apa yang mahu diubah?
Bersatu atau roboh rebah

Kumpulan hitam menjadi punca
Tukang karut buat cerita
Pendeta jadi ketua

Menanam benih angkara
Menyiram api bencana
Menyambung hikayat purba

Berdenggung macam lalat
Berfikir macam barat
Penuh muslihat

Mereka hanya bangsa jalanan
Menyalak hanya lakonan
Memandang kiri kanan

Membawa kempen atau mengikut kata pemimpin?



-Malim Muda-

Isnin, 5 Januari 2009

Blog Goblok

Ada blog goblok
Menyorok mengaruk

Mencerca menghina
Hina nabi hina agama
Mencela menghela
Memang gila

Putar berkata
Bertopeng lain muka
Berselindung di balik rupa

Tetapi takut bersua
Sebab pendusta rasa
Penakut pengecut rupanya

Bongkak mendada sombong mencela
Dua menjelma, riak nyata serasa

Adakah agama kau sempurna?
Adakah pegangan kau mulia?

Adakah budaya kau begini?
Adakah ajaran kau mengikut kata hati?

Kau tidak takut?
Balasan akan buat kau melukut
Menjerut hingga kau melutut

Sekarang kau boleh tertawa
Sekarang kau boleh gembira

Nanti akan tiba masanya
Hukuman tuhan turun menimpa
Rasa menyesal tidak bermakna
Kau akan terkena juga…



-Malim Muda-

Jumaat, 2 Januari 2009

Kosong Sembilan

Jumaat ini
Sudah kosong sembilan
Tahun yang penuh deruan
Tahun yang penuh seruan

Jangan mengenang tahun lalu
Tahun berduka penuh sembilu
Penuh biru penuh haru

Tahun baru buku baru
Semangat berseru ikatan juru
Azam menderu angin lalu

Henti sengketa sama suku
Bersama menuntut berguru
Menuju jalan yang satu

Tinggalkan yang busuk, buang yang susuk
Tinggalkan yang keruh, buang yang luruh
Tinggalkan yang buruk, buang yang keruk

Ambil yang jernih, tunas dan benih
Ambil yang suci, kotor dan cuci
Ambil yang bersih, susun dan sisih

Tanam azam semai iltizam
Sebati keringat pupuk semangat
Tetap di hati perjuangan diri

Kelak pasti dapat berdiri
Atas tanah tumpah pertiwi
Membina mercu bangsa sendiri



-Malim Muda-

*Selamat Tahun Baru 2009