Rabu, 31 Disember 2008

Zion Nion

Kau membunuh
Ribuan manusia
Tidak mengira usia

Ada mati ada cedera
Korban jadi mangsa
Yang muda yang tua
Tak berdosa

Kau mengganas
Menyerang merejam
Gila dan kejam

Kau merompak
Emas dan perak
Rampasan harta segala
Hasil tanah pusaka

Kau mencabul
Wanita perempuan kau rogol
Maruah hawa dijudul

Kau memang celaka
Membuat anak kecil menderita
Mengenang nasib yang tinggal seberapa
Keseorangan kesepian ditinggal ibubapa

Bumi kini berdarah
Air bertukar merah
Lautan manusia parah

Para pejuang berserah
Menghancur musuh yang gah
Menegak kembali islam gagah

Alam ini kau lari sembunyi
Menindas manusia sesuka hati
Menjajah tanah yang digilai

Tapi esok jangan kau ingati
Jangan pula kau tangisi
Maha Esa sentiasa berjanji
Membalas apa yang dihajati



-Malim Muda-

*Al-Fatihah buat yang terkorban
*Allahuakbar buat pejuang Islam

5 comments:

atty's berkata...

selamat tahun baru ..semoga tahun 2009 ini membawa sinar..bahagia utk kita semua..

H.E.H berkata...

atty's
Selamat Tahun Baru 2009..

akupentoi berkata...

angka yang brubah..langit tetap sama..

H.E.H berkata...

akupentoi
itu yang sedihnya..bila ia akan berakhir

F.A.Z.R.U.L.L.S berkata...

Hmm.. bro.. macam kena mengena ngan lagu bob marley lak hee..

IRON, LION, ZION....

heee. apa pun.. orait...