Rabu, 10 Disember 2008

Bukit Harta Si Kaya

Pagi yang hujan
Awan gelap pekat

Tiba-tiba
Bukit bersuara
Tanah berkata

Sudah tiba masanya menari
Hukum alam menunjuk diri
Sahut petaka agar kembali

Laras hujan jatuh
Patah air luruh
Lalu runtuh

Rentaknya retak
Relahnya belah
Lekahnya terah

Ada berlari jalan berkaki
Selamat diri

Tak sempat terkorban diri
Lalu mati

Ramai membantu
Siang berlalu
Malam berwaktu

Niat kerja selamat mangsa
Ikhlas amanah menjaga harta
Semangat kuasa mengawal manusia

Ada menyombong
Berkira untung
Ada yang sakit hati
Tidak mahu didekati

Ada yang lupa diri
Berlagak mati
Ada yang marah
Hilang maruah

Ada panas baran
Mahu menyaman kerajaan

Yang terjadi
Sebagai pengajaran diri
Hanya Tuhan Yang Maha Mengetahui..



-Malim Muda-


Kata Pendekar Mustar "Korang semua pengampu orang kaya!!"

8 comments:

Pena Keris berkata...

Bukit itu sedang menangis..
Untuk siapa?..
Untuk apa?..

Si harta itu sedang menangis..
Untuk siapa?..
Untuk apa?..

Tangan yang membantu itu sedang menangis..
Untuk siapa?..
Untuk apa?..

Kerna kita sendirikah?..
Atau kerna merekakah?..
Atau kerna alamkah?..

Tangis itu tangis kosong..
Sedu itu sedu rompong..
Kabur mata yang terlopong..
Omong kosong..

Benarkah?..
Wajarkah?..

Tanya pada Tuhan..
Apa ertinya bantuan..
Jika berselang caci makian..

ZaHiRaH berkata...

mendalam maksudnya..

H.E.H berkata...

Pena Keris
:)

ZaHiRaH
Tak dalam mana ;)

amin berkata...

sape makan cili terase pedasnye...

LEKIR berkata...

Assalamualaikum,

Mari kita flagkan blog pedestrianinfidel.blogspot.com dan surind.blogspot.com kerana Allah

akupentoi berkata...

heheh...satu masa gua lalu
orang ramai duk tepi jalan kat tepi zoo..
aku pun tumpang semangkuk..
ooo...rupanya rumah setinggan kena randuk...

hheheheh...satu masa lagi..
aku tengok tv..
ohh..bukit runtuh kat tempat tu lagi..
tu la...dulu runtuh rumah orang lagi...

H.E.H berkata...

amin
;)

LEKIR
Insyalah

akupentoi
Hukum karma tak kenal siapa

Tanpa Nama berkata...

gunung-ganang itu perhiasan manakala
bukit-bukau pula pasak bumi
makanya...................

salam hormat
http://boxhousestudio.fotopages.com