Jumaat, 26 Disember 2008

Pasar Gelap

Bukan pasar biasa
Siang tutup malam buka
Gelap gelita

Pasaran bawah tanah
Dari jauh sanggup redah
Ada beri, ada tadah

Barang jual dua tiga
Nilai mahal tidak kira
Asal dapat melepas dada

Besar kecil panjang pendek
Hisap, sedut, cucuk korek
Tak serik

Halal campur haram
Khayal kalau diperam
Kapal besar boleh karam

Dalang tersenyum girang
Bila barang sekelip hilang
Bila untung datang menjelang

Bangsa lemah jadi gian
Yang rebah perlahan-lahan

Bangsa sendiri punah musnah
Bangsa sendiri hancur lebur

Mereka ini pembelot agama
Mereka ini pembunuh bangsa
Mereka ini perosak negara



-Malim Muda-

8 comments:

amin berkata...

pemuda harapan bangsa,
pemudi tiang negara...

H.E.H berkata...

amin
bersama berganding membina negara

Faizal Zakaria's Blog berkata...

Burung serindit terbang melayang,
Terbang hinggap di ranting mati,
Bukan ringgit dipandang orang,
Pandang atas bahasa budi.

Tingkap papan kayu bersegi,
Sampan sakat di Pulau Angsa,
Indah tampan kerana budi,
Tinggi bangsa kerana bahasa.







(( Renungkan )) Ke Mana Kita Mahu Pergi?
http://TeamPemudaUMNO.blogspot.com
Forum Generasi Muda
http://Forum1Malaysia.blogspot.com
Pakatan Antara Parti Lawan Tidak Kekal
http://pro-faizal.blogspot.com

a.k.u.p.e.n.t.o.i berkata...

salam maal hirah...muharram datang lagi..

one love berkata...

its how we look at things...

Taminsari berkata...

Assalamualaikum..

Salam Maal Hijrah 1430.
Semuga apa yang kita lakukan akan mendapat keredaan dari Allah swt.
Insya Allah.

Salam perjuangan
Taminsari
belantan.blogspot.com

PeminatJutawanMalaysia berkata...

anak bangsa perlu dibersihkan dari anasir-anasir kehancuran ini

H.E.H berkata...

Faizal Zakaria's Blog
TQ

a.k.u. p.e.n.t.o.i
salam maal hijrah

one love
yup..

Taminsari
salam perjuangan

PeminatJutawanMalaysia
setuju!