Jumaat, 19 Disember 2008

Orang Besar

Bila kau datang
Semua memandang
Tengkuk memanjang
Tercenggang

Bahasa kau karang serupa lalang
Semuanya mahu kau bilang
Dusta berkalang

Bahasa kau bertanduk
Pandai kau ketuk
Perlahan meranduk
Serupa kaduk

Bila kau bersuara kami terpegun
Sesudah kau berlakon
Kami tersedar dari mengelamun

Kau hulur barang kami tak larang
Kau jual barang kami bangkang

Bila kau bangun kami duduk
Semuanya tunduk
Turun sepanduk

Kau kaya harta
Kami kaya bahasa
Kau otak pembelit
Kami juga yang tersepit

Kau tetap orang besar
Kami hanya orang pasar



-Malim Muda-

6 comments:

anntaj berkata...

dan apa pula definisi "orang kecil"
macam saya ni..:)

H.E.H berkata...

anntaj
itu saya kena buat puisi yang lain pulak. ;)

akupentoi berkata...

engkau orang besar
apa saja kau boleh tukar
sampai bila korang nak sadar
tuhan juga punya dasar..
sejak azali yang memang tak boleh digubal....

keep on rockin' bro..
gua salute lu....
idea cam air terjun..

one love berkata...

mereka org besar kerana org pasar seperti kita tunduk patuh dalam paksa....

shud voice it out!

ujie berkata...

salam kenal....

H.E.H berkata...

akupentoi
TQ

one love
kita terpaksa kerna dipaksa

ujie
salam..