Rabu, 24 Disember 2008

Makmal Sulit

Tempat ujian kajian
Makmal minuman
Botol bergelimpangan

Tanahnya tersorok terperosok
Luasnya sembunyi sunyi
Pintunya samar menyamar

Gelap kelam
Hitam kalam
Cahaya berbalam tengah malam

Ada yang berpegang
Ada yang bergoncang
Ada yang seronok melayan
Belaian si pelayan

Beraksi hangat panas
Angin lemas rimas
Berasap berahi sesak berdiri

Dua jantina berganti
Tukar pasangan sehati
Tak henti sampai pagi

Irama lagu berlari
Suara jiwa menyanyi
Tangan kaki menari

Dosa bergantungan
Pahala berguguran
Maruah hilang pertimbangan

Yang biasa selalu berkubang
Yang belum biasa terus tumbang
Yang luar biasa tuju lubang

Ramai yang tidak tahu
Atau buat-buat tak tahu
Ada makmal sulit di situ

Yang Maha Satu hanya menanti waktu..



-Malim Muda-

2 comments:

kikiEy berkata...

kita sedar tapi buat2 tak tahu ada makmal sulit di situ.

H.E.H berkata...

kikiEy
Sepatutnya lesen 'makmal sulit' tu dikaji semula