Selasa, 23 Disember 2008

Lakonan berbayang

Hidup berpura-pura
Hipokrit bermuka-muka
Retorik kata dikota

Sifat hati menyonsang
Rahsia sesulit pasang
Membujur melintang

Mengatur lakonan hakikat
Watak lain di sekat
Watak sendiri melekat

Dalam diam tumbuh jerat
Biar jahat asal selamat
Tangkas sembunyi selat
Pantas selubung serat
Hingga tepat

Niat menyala nafsu gila
Menghiris kata membunuh bahasa
Memburu cita buta

Sekilas kata penuh kalam
Bila terancam berbayang malam

Selindung niat biar pasang
Bila terhalang berbayang siang

Salin kulit perlahan-lahan
Sifat baik tinggal pesan
Pentas hidup jadi permainan



-Malim Muda-

8 comments:

one love berkata...

dan saya sangat2 berharap saya tidak akan jadi seperti ini...

really!

F.A.Z.R.U.L.L.S berkata...

salam bro,

ngam puisi ni dengan ni kalau buat lirik lagu XPDC.. heee..

Qaiszar Fazzamy Yusof berkata...

Retorik kata dikota itu..
Retorik orang kita..
Retorik wangsa..
Retorik bangsa..

Tiga ratus enam puluh lima suria..
Menyuluh aku yang duduk bersila..

Merenung dada langit..
Mendengar suara bingit..
Bukan kerna tahmid..
Tapi kerna sakit..

Tiga ratus enam puluh lima malam..
Menyelubungi aku yang kiam..

Entah sampai bilakah..
Aku harus rasa begini..
Aku harus lihat begini..
Aku harus dengar begini..
Aku harus hidu begini..
Aku harus hirup begini..

Jika aku tanya pada kalian..
Tentang soalan nadir yang serupa..
Apakah jawapan kalian?..

Salam..

H.E.H berkata...

one love
saya pun begitu juga

F.A.Z.R.R.U.L.S
belum boleh lagi..

Qaiszar Fazzamy Yusof
Banyaknya nama ..Pena Keris.. Yus Yusof..Qaiszar Fazzamy Yusof..
mana satu ni?

Qaiszar Fazzamy Yusof berkata...

Banyak nama samaran tapi pemiliknya cuma satu.. Selain tiga yang disebut, sebenarnya ada lagi lima bro..!!
Kehkehkeh..

Biar banyak nama, jangan banyak hama.. betul tak?

IdzaRis berkata...

aduh...
penuh makna...

Tanpa Nama berkata...

karay yang bagus..

H.E.H berkata...

Qaiszar Fazzamy Yusof
;)

IdzaRis
TQ