Rabu, 17 Disember 2008

Hikayat PERTIGA

Penegak keadilan atau peruntuh keadaan
Lagaknya tiga, bertempur berlaga

Muda belia, tua tak terdaya
Dalam gelap terang, bertamu di sarang

Penuh ilmu di dada
Rasa megah dan gagah
Kosong hati dan jiwa
Bagai sesat dalam dunia

Digeruni, ditakuti
Biar berhati, takut terkena diri

Hati panas garang
Salah sikit kurang
Terus naik berang
Jadi bayang hilang

Cerita benar jadi salah
Yang salah terus kalah hingga mengah

Masih sesat dalam gelita
Hampir lemas ombak harta
Selesa hanyut alam dunia

Orang yang terpilih
Amalnya jernih
Buah dalam bersih
Sembahyang putih

Orang yang parah
Sifatnya darah
Buah dalam marah
Sembahyang merah

Yang gigih selendang putih
Yang berkerah selendang merah

Senapang membidik
Masuk tokong tiga beradik
Yang gundik boleh herdik

Agama yang berakal
Masuk masjid tujuh abang
Pasti barang jarang hilang

Si naga, harimau belang
Dua berani sama garang

Burung hantu, burung merak
Simpan kuku tinggi gerak

Ikan emas, labah-labah
Masih baru tapi gagah

Bila putih memukul merah
Pasti mati jatuh tanah..

Bukan semua
Segelintir sahaja yang bermuka
Hingga ada ahli sendiri
Yang berhaluan kiri

Tindakan bagai parang
Bukan dengan fikiran
Ingat ada yang tinggi
Yang Maha Mengetahui



-Malim Muda-

6 comments:

arryani berkata...

Yes...I Likeee

Luahkan lagi....
luahkan semua....
Speak up.........

Medan Info Kita berkata...

rakyat harus sedar siapa dalang yg mahu menjual agama dan bangsa...

tahniah kerana nukilan yg baik...

H.E.H berkata...

arryani
TQ

Medan Info Kita
TQ

Water Lily berkata...

Salam kenal.

Pertama kali ke mari.Belum selongkar lagi isi rumah ini.

Entri ini menarik hati saya.:)

H.E.H berkata...

Water Lily
Salam.. ;)

Ajeem berkata...

huhh..dalam sekali maksudnya sampai sukar untuk membuat kesimpulan.ada unsur teguran dan nasihat.artikel ni boleh diposkan kepada akhbar online.cubalah...