Jumaat, 12 Disember 2008

Cecicak

Ada kecil besar
Melekap cekap
Melekat pekat
Memanjat loncat

Lidah menjelir liur berbisa
Serkap sasar mangsa
Perangkap mati masa

Berkaki hidup diri
Berlari terkial jemari
Selamat telur sendiri

Berbunyi bila terkena
Sumpah dendam derhaka
Kudis berdarah luka lama

Ekor dijatuhkan
Umpan perhatian lawan
Perlahan-lahan ‘bahan’ ditawan
Sebagai bekalan
Melawan kepala si tuan

Mengendap ligat
Mengasah padat
Kurang ajar dan biadap

Tahinya hitam putih
Hitam legam haram
Putih ketawa kekeh

Awas ! Cecicak
Cak ! Cak ! Cak !
Yang berkocak
Selalu menyemak



-Malim Muda-

9 comments:

amin berkata...

cicakman, take care...

Fazrul Shahril berkata...

Salam bro.. ni dah kira boleh buat lirik cicakman2 ni...

Orait.. apa pun memang kreatif..

H.E.H berkata...

amin
;)

Fazrul Shahril
Cecicak vs Cicakman..

Pena Keris berkata...

Cecicak kedai kopi..
Suka jaja kaum sendiri..

Cecicak birai masjid..
Suka bawa penyakit..

kakluna berkata...

Assalamualaikum

membunuh cicak mendapat pahala

Dipetik dari KITAB NAILUL AUTHAR Himpunan Hadith-Hadith Hukum Jilid 6:

i. dari Sa’id bin Abi Waqqash: Sesungguhnya Nabi saw menyuruh membunuh cicak dan ia menyebutnya binatang kecil penyeleweng (HR Ahmad dan Muslim).

ii. Dari Ummu Syarik ra: sesungguhnya Nabi saw menyuruh membunuh cicak-cicak (HR Ahmad, Bukhari dan Muslim)

iii. Bukhari menambah: Nabi saw bersabda: dan cicak itu pernah meniup (api yang membakar) Nabi Ibrahim as

iv. Dari Abi Hurairah ra, ia berkata: Rasulullah saw bersabda: “ Siapa yang membunuh cicak pada pukulannya yang pertama ditulis seratus kebaikan sedang pada pukulan yang kedua dan yang ketiga kurang dari itu. “ (HR Ahmad dan Muslim)

PENJELASAN

Syarith (Imam Syaukanirahimahullah berkata: perkataan “Nabi saw menyuruh membunuh cicak “ itu, disebut “ fuwaisiq “ (binatang kecil penyeleweng) lantaran sukanya mengganggu (manusia).

Perkataan “ dan ia yang meniup (api yang membakar) Nabi Ibrahim as “ itu, memang sudah menjadi tabiat binatang ini yang suka memusuhi manusia.


Wallahua’lam

Fly berkata...

selamat berhujung minggu bro..

H.E.H berkata...

Pena Keris
Spesis cecicak lebih elok sikit dari sesumpah

kakluna
saya tak maksudkan cicak kat rumah tu, ni spesis manusia cicak..

Fly
Selamat!

kikiEy berkata...

oh cicakman~!

cIk JanNah berkata...

tahu2..
cicakman3 coming soon
=)