Isnin, 22 Disember 2008

Alam Dunia

Dunia pening kepala
Langit petala berduka

Bila gunung pecah dua
Bukit hilang sasa
Hutan tinggal rata
Pokok darah luka
Sungai bertukar rupa

Ramai yang sesat dari ralat
Ramai yang hanyut dari berdenyut
Ramai yang lemas dari rimas
Ramai yang hilang dari pulang
Ramai yang lena dari terjaga
Ramai yang mati dari berfungsi

Yang kuasa bermaharalela
Yang kaya berfoya-foya
Yang harta berkata-kata
Yang tinggi menari tari
Yang besar rasa kasar

Hukum tuhan jangan di lupa
Hukum alam jangan di duga
Bencana hanya menanti masa
Petaka sedia keluar semula



-Malim Muda-

9 comments:

Demang Lebar Daun berkata...

Mati semut kerana gula... tidak mengapa kerana gula adalah makanannya. Namun alangkah ruginya manusia yang memperjudikan nyawanya untuk keseronokan.

one love berkata...

dan bila sampai masanya, kita semua akan kena sama kan?
bukan mereka2 yang buat bencana je, tapi semua orang...

kerana?

kita pun kadang2 tak berbuat apa2... malu jugak rasanya saya...

H.E.H berkata...

Demang Lebar Daun
Hamba setuju dengan Tuan Demang

one love
diri ini pun begitu juga..

Yus Yusof berkata...

Itulah seorang makhluk yang diklasifikasikan sebagai homosapien.. Menarah dan meranduk segala isi milik penuh Tuhan Yang Pemurah sebagai milik diri.. Sehingga suatu hari nanti sangkakala bertiup, barulah dia mahu menangis.. Menyesali segala yang bathil.. Hanya pada-Mu Tuhan kubermohon.. selamatkanlah kami ini dari segala murka-Mu..!!

Salam..

Bloggers Pembela Negara berkata...

Salam ziarah !!

Semoga perjuangan menyatukan umat Melayu Islam ; Umat Rasulullah menjadi asas perjuangan !!

Bersatu Teguh Bercerai Roboh.

selamat berjuang !!

H.E.H berkata...

Yus Yusof @ Pena Keris
Moga Tuhan melindungi orang-orang islam yang beriman

BPN
Salam..

syidi_black berkata...

Apabila Fitrah Tuhan ditentang, maka Bala lah balasan yang tiba...

Salbie S berkata...

sensitif wei...sekrg saya di BKT Antarabangsa wei.kat umh kakak.kalau tgk mmg simpati ar

H.E.H berkata...

syidi_black
Setuju..

Salbie S
Sorry..