Selasa, 25 November 2008

Si Beruk

Si Beruk
Bukan sebarang beruk
Suka duduk belakang menyorok

Beruknya muda
IQ berganda
Memang luar biasa

Perang naik kuda
Kuda hitam warna
Garis penamat menang
Terus dijulang

Ada yang terkejut
Ada pula yang terpaku
Ada pula yang buat tak tahu

Bercakap berapi-rapi
Takut-takut berani
Bahasa putar belit
Tiada isi hanya meleret
Lidah bercabang
Semua semata gebang

Ada akal guna kepala
Melompat terkinja dapat bunga
Hati baik hati jahat
Dua guna capai matlamat

Pegang agama letak tinggi
Bila mabuk tak sedar diri
Tangan gayut tinggi
Tak pernah jatuh lagi

Si Beruk…Biar undur sebelum orang maki
Jangan sampai orang menyumpah bila nak mati?



-Malim Muda-

5 comments:

Tirana berkata...

Puisi yang penuh simbolik..tapi bagus dan sedap dibaca..

atty's berkata...

beruk yg bontot merah tu bahaya

azlin hashim berkata...

Bercakap berapi-rapi
Takut-takut berani

> ni lah dia, cakap tak serupa bikin!

Harimau-Menaip berkata...

Pergh...ramai aweks kat sini..

Ni yang darah muda Rimau tersirap ni.

Salam Perkenalan..Tuan Empunya Blog.

H.E.H berkata...

Tirana
Nanti ada sambungannya..nantikan

atty's
Hahaha..memang betul

azlin hashim
Sama la Si Beruk tu

Harimau Menaip
Bukan awek tapi mambanglah..
Sabar, sabar..
Salam