Rabu, 5 November 2008

Seloka pantun

Daripada ke hulu perahu bergalah
Eloklah berhenti memasang panah
Daripada malu mengaku kalah
Biarlah mati dikandung tanah

Berani hanya di dalam kandang
Bila keluar tak tengok orang
Cakap besar mulut temberang
Kemana pergi dimusuhi orang

Jantan hanya setakat bibir
Kalau bercakap bagaikan petir
Bersua lawan ketiak berlendir
Akhirnya mati tercampak ke air

Kalau hendak memilih kain
Pilih kain bertapak catur
Kalau hendak memilih pemimpin
Pilihlah pemimpin berakhlak jujur

Keris dihunus bukan sebarang
Membuat penonton sorak riang
Perit melihat pemimpin sekarang
Umpama mengkarung lidah bercabang

1 comments:

Sukj berkata...

Salam brader,

1. I tabik u la brader. Memang u pakar Pantun ni.

2. Boleh tak cuba hasilkan sajak ker..pantun ker untuk melukiskan 'isi hati SUKJ pada Abby Abady'.

3. Hahaha..saya lawak jer brader. Tq kerana sudi datang menjengok blog saya. Selamat Maju Jaya.