Isnin, 17 November 2008

Penyamun

Kau berpura
Dibalik diri
Berbayang hari

Pandai kau berlakon
Nampak celik
Rupanya rabun

Bukan biasa
Bila samun berdiri
Luar biasa
Bila samun puak sendiri

Memang tak puas
Lembut tapi keras
Baik sama buas

Pintar sekali otak
Tempurung kerak
Fikir bergerak
Emas dan perak

Jalan angannya besar
Sifat citanya tinggi
Tapi sayang, kali ini tersasar
Jatuh terperosok sekali

Masih terlepas
Hukuman dunia
Tapi kelak di sana
Menanti pasti..

Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya ke tanah jua..



-Malim Muda-

2 comments:

azlin hashim berkata...

Saya suka kata-kata nie, sindiran dalam kiasan.. tidak tajam namun menikam! Itu lah dia kan nasib si penyamun. Satu hari nnt pasti akan terperangkap juga. Sampai bila akan selamat...

H.E.H berkata...

azlin hashim
Betul2...