Khamis, 20 November 2008

Pendeta

Bermula suci baik dan hati
Bila serasi menunjuk diri
Bermuka sesumpah suaranya saka
Tangan berjabat sekali dua

Mulut tersenyum berbau harum
Awas ! Kata di kota penuh jarum

Pantas licik menjalar akal
Sifat badan buat bekal
Hipokrit ketawa menjadi tangkal
Fikir berjaya jangan gagal

Norma kehidupan luar biasa
Lelaki perempuan tergadai belaka
Peluang dan petualang menjadi satu
Kuasa segera darah batu

Orang ‘bertandang’ membawa hutang
Harta dicanang, barang di pinggang

Spesis manusia lidah bercabang
Segala cadangan semua dibangkang
Maruah negara mahu dikangkang

Cerita didengar sang mergastua
Lalu dicampak amukan ketua

Ngauman bergema serata dunia
Kononnya konspirasi direkacipta
Benar atau salah tidak tahu sumbernya

Dikurung ,terkurung dan mengurung…

Hari ini terbit kembali
Niat mencuba sekali lagi
Tetapi di atas sana Maha Berdiri

Semua lihat sahaja nanti….
Sesuatu terjadi...
Mungkin ya....mungkin jadi…
Atau tak jadi….



-Malim Muda-

7 comments:

nurdaniella berkata...

rasa macam tau jer siapa yang dimaksudkan.. hehe..

IrinaSairah berkata...

Thanks coz sudi jadi my follower..hehehe

ghimau berkata...

hmm.. :)

luna berkata...

sungguh pandai tuan berseloka,
janaan minda pemerhatian semasa,
sungguh tak berani saya meneka,
walau di hati dah agak siapa.

azlin hashim berkata...

Fitrah manusia berpura-pura,
Janji dicipta pemanis kata,
Semata-mata nak dptkan kuasa,
Si dungu dunia menjadi mangsa.


Hati berbisik untuk menyapa,
Mulut terkunci ku diamkan sahaja,
Entah apakah niat asalnya,
Di sana nanti ada jawapannya.

kicap berkata...

Bahasa puisi saya reti membaca tapi terkial-kial memahaminya

H.E.H berkata...

nurdaniella
Ye ke..

IrinaSairah
Sama2

ghimau
......

luna
TQ

azlin hashim
Betul2..

kicap
Tidak faham tidak mengapa asal boleh membaca :)