Isnin, 24 November 2008

Negeriku Perak

Sedih dan lesu
Terkulai lemah layu
Bila negeriku tidak seperti dahulu

Legasi melayu kian terhakis
Keris yang ada tidak lagi kalis
Suara kecil hilang garis

Kerana yang berkuasa lupa sumpah janji
Bila kerdil jadi gergasi
Yang diberi amanat dan wasiat
Hilang dan sesat

Kumpulan tidak berkuku
Daerah satu jadi suku
Hanyut ombak racun dunia
Kerana selesa berpura-pura

Bila yang lain jadi ketua
Gerak diri tiada upaya
Lena dibuai dalam mimpi
Tidak peduli perjuangan suci

Ada kuasa ada peluang
Dalam tidur sedia serang
Inilah makhluk pokok penumpang

Langkah berangin berhaluan kiri
Menang kalah atau seri
Janji selamat anak sendiri

Bangsa lain kita sanjung
Bila kaduk naik junjung
Keris pula hilang keramat
Yang tinggal hanya semangat
Parti yang ada berpecah tiga
Panji politik pula hambar warnanya

Anak Perak mesti berani
Bangun berdiri bersatu hati
Tekad dihati sampai mati



-Malim Muda-

3 comments:

Ajeem berkata...

cayalah bro,puisi buat negeri kesayangan...bukan senang mengolah bait-bait kata seperti yang saudara lakukan...payah nak cari...syabas dan teruskan berkarya...

AbgTuah berkata...

Salam perkenalan,

Terpegun dan bersemangat kawan apabila mebaca puisi2 tuan, sungguh menyedarkan dan berilmiah.

Teruskan usaha tuan. Inshallah jika kelapangan dari masa kesemasa kawan akan terus melawat ahli2 BPN.

Dari http://abangtuah.blogspot.com ahli BPN.

H.E.H berkata...

Ajeem
TQ

AbgTuah
TQ