Jumaat, 14 November 2008

Menjejak zat melayu


Pagi jumaat ini
Aku terfikir, tergerak hati
Untuk mencari, menjejak zat melayu
Mencari seorang bangsa melayu
Yang suci, ikhlas

Kenapa melayu sekarang?

Politiknya yang bercelaru
Sosialnya berkecamuk
Bagaikan meronta-ronta
Dalam kepanasan

Apa yang dicari?
Harta atau maruah?
Kroni atau bangsa?

Natijahnya
Bangsa lain yang semakin 'berani'
Yang semakin melampau batas
Yang semakin pintar
Mengaturkan rancangan mereka

Aku terfikir lagi
Beginikah hidupnya
Pengakhiran bangsa melayu
Abad ini

Aku berharap ada sinar baru
Yang akan muncul tidak lama lagi
Menerangi gelap
Memayungi kesuraman
Melemparkan kebahagiaan

Aku berharap
Dapat mencari, menjejak
Zat melayu

-Malim Muda-

4 comments:

Ajeem berkata...

sedih sangat sikap melayu masa kini.begitu jauh berbanding zaman kesultanan dulu.lebih kepada amalan kapitalis.pembesar semkin kaya,rakyat semakin miskin.

Mogen Ali Rico berkata...

Menjejak Zat Melayu? Dari rupanya, atau bahasanya, atau tingkah lakunya?Tulisan yang baik..teruskan berkarya.Salam singgah

atty's berkata...

karya yg bagus..
tq sdi singgah blog kty

H.E.H berkata...

Ajeem
Inilah pancaroba dunia

Mogen Ali Rico
Dari segala keseluruhannya. Salam

atty's
TQ