Rabu, 12 November 2008

Alkisah YB

Alkisah ada satu cerita
Bukan rekaan tapi kenyataan
Sangat elok dibuat pengajaran

YB empunya gelaran
Tokoh terkenal lagi hartawan

Mulanya nampak memang baik
Slow-slow pelan-pelan naik
Gigih kononnya berusaha
mengangkat martabat bangsa

Ramailah ' ahli ' sukakan dia
Memuji memuja, sumpah taat setia

Apa kata dia pun semuanya ikut
Mahu dia pun ada yang karut
Ada yang tak tahan terus mencarut

Ramai orang menjadi kaya
Habis semua dikaut bersama
Gelaran diberi jutawan terkejut
Harta melimpah sedia di angkut

Baru-baru ini tak sedar diri
Dah memimpin lama, masih tak undur lagi

Kenapa masih berdiam diri
Kenapa masih nak pertahan diri
Takut hilang hormat diri
Takut hilang duit & kroni

Sampai bila nak pegang kuasa
Takkan nak tunggu akhir masa
Bagilah orang lain merasa
Bagilah orang lain menjadi ‘kaya’

Pusing-pusing sama je semua
2 x 5…
5 x 2….


Berbalas pantun YB dan ' ahli ' :

Banyak orang ke Batu Buruk
Benih kunyit dibuat jeruk
Kalau kau kena sekali ketuk
Tak jadi monyet terus jadi beruk

Kalau tuan ke Batu Buruk
Bawakan aku sebakul kerang
Kalau aku dah jadi beruk
Kau nak jadi apa? Jadi kongkang


-Malim Muda-

4 comments:

kamalfnd berkata...

kalau siang klang kang kang
kalau malam trang tang tang
pilih-jadi kongkang yang kakinya kengkang
atau cipan yang besar tongkang?

Buai laju laju
sampai rumah Anan
apa dalam baju
harta 7 keturunan..

Cerpelai berkata...

Suka dengar lagu Diari YB nyanyian ND Lala yang popular sikit masa dulu..!!

YB yang dengar pun gelak sakan agaknya..

nurdaniella berkata...

melayu memang mudah lupa..

H.E.H berkata...

Bro kamalfnd
TQ sebab sudi menjenguk blog saya

Cerpelai
;)

nurdaniella
memang pun..