Rabu, 31 Disember 2008

Zion Nion

Kau membunuh
Ribuan manusia
Tidak mengira usia

Ada mati ada cedera
Korban jadi mangsa
Yang muda yang tua
Tak berdosa

Kau mengganas
Menyerang merejam
Gila dan kejam

Kau merompak
Emas dan perak
Rampasan harta segala
Hasil tanah pusaka

Kau mencabul
Wanita perempuan kau rogol
Maruah hawa dijudul

Kau memang celaka
Membuat anak kecil menderita
Mengenang nasib yang tinggal seberapa
Keseorangan kesepian ditinggal ibubapa

Bumi kini berdarah
Air bertukar merah
Lautan manusia parah

Para pejuang berserah
Menghancur musuh yang gah
Menegak kembali islam gagah

Alam ini kau lari sembunyi
Menindas manusia sesuka hati
Menjajah tanah yang digilai

Tapi esok jangan kau ingati
Jangan pula kau tangisi
Maha Esa sentiasa berjanji
Membalas apa yang dihajati



-Malim Muda-

*Al-Fatihah buat yang terkorban
*Allahuakbar buat pejuang Islam

Jumaat, 26 Disember 2008

Pasar Gelap

Bukan pasar biasa
Siang tutup malam buka
Gelap gelita

Pasaran bawah tanah
Dari jauh sanggup redah
Ada beri, ada tadah

Barang jual dua tiga
Nilai mahal tidak kira
Asal dapat melepas dada

Besar kecil panjang pendek
Hisap, sedut, cucuk korek
Tak serik

Halal campur haram
Khayal kalau diperam
Kapal besar boleh karam

Dalang tersenyum girang
Bila barang sekelip hilang
Bila untung datang menjelang

Bangsa lemah jadi gian
Yang rebah perlahan-lahan

Bangsa sendiri punah musnah
Bangsa sendiri hancur lebur

Mereka ini pembelot agama
Mereka ini pembunuh bangsa
Mereka ini perosak negara



-Malim Muda-

Rabu, 24 Disember 2008

Makmal Sulit

Tempat ujian kajian
Makmal minuman
Botol bergelimpangan

Tanahnya tersorok terperosok
Luasnya sembunyi sunyi
Pintunya samar menyamar

Gelap kelam
Hitam kalam
Cahaya berbalam tengah malam

Ada yang berpegang
Ada yang bergoncang
Ada yang seronok melayan
Belaian si pelayan

Beraksi hangat panas
Angin lemas rimas
Berasap berahi sesak berdiri

Dua jantina berganti
Tukar pasangan sehati
Tak henti sampai pagi

Irama lagu berlari
Suara jiwa menyanyi
Tangan kaki menari

Dosa bergantungan
Pahala berguguran
Maruah hilang pertimbangan

Yang biasa selalu berkubang
Yang belum biasa terus tumbang
Yang luar biasa tuju lubang

Ramai yang tidak tahu
Atau buat-buat tak tahu
Ada makmal sulit di situ

Yang Maha Satu hanya menanti waktu..



-Malim Muda-

Selasa, 23 Disember 2008

Lakonan berbayang

Hidup berpura-pura
Hipokrit bermuka-muka
Retorik kata dikota

Sifat hati menyonsang
Rahsia sesulit pasang
Membujur melintang

Mengatur lakonan hakikat
Watak lain di sekat
Watak sendiri melekat

Dalam diam tumbuh jerat
Biar jahat asal selamat
Tangkas sembunyi selat
Pantas selubung serat
Hingga tepat

Niat menyala nafsu gila
Menghiris kata membunuh bahasa
Memburu cita buta

Sekilas kata penuh kalam
Bila terancam berbayang malam

Selindung niat biar pasang
Bila terhalang berbayang siang

Salin kulit perlahan-lahan
Sifat baik tinggal pesan
Pentas hidup jadi permainan



-Malim Muda-

Isnin, 22 Disember 2008

Alam Dunia

Dunia pening kepala
Langit petala berduka

Bila gunung pecah dua
Bukit hilang sasa
Hutan tinggal rata
Pokok darah luka
Sungai bertukar rupa

Ramai yang sesat dari ralat
Ramai yang hanyut dari berdenyut
Ramai yang lemas dari rimas
Ramai yang hilang dari pulang
Ramai yang lena dari terjaga
Ramai yang mati dari berfungsi

Yang kuasa bermaharalela
Yang kaya berfoya-foya
Yang harta berkata-kata
Yang tinggi menari tari
Yang besar rasa kasar

Hukum tuhan jangan di lupa
Hukum alam jangan di duga
Bencana hanya menanti masa
Petaka sedia keluar semula



-Malim Muda-

Jumaat, 19 Disember 2008

Orang Besar

Bila kau datang
Semua memandang
Tengkuk memanjang
Tercenggang

Bahasa kau karang serupa lalang
Semuanya mahu kau bilang
Dusta berkalang

Bahasa kau bertanduk
Pandai kau ketuk
Perlahan meranduk
Serupa kaduk

Bila kau bersuara kami terpegun
Sesudah kau berlakon
Kami tersedar dari mengelamun

Kau hulur barang kami tak larang
Kau jual barang kami bangkang

Bila kau bangun kami duduk
Semuanya tunduk
Turun sepanduk

Kau kaya harta
Kami kaya bahasa
Kau otak pembelit
Kami juga yang tersepit

Kau tetap orang besar
Kami hanya orang pasar



-Malim Muda-

Rabu, 17 Disember 2008

Hikayat PERTIGA

Penegak keadilan atau peruntuh keadaan
Lagaknya tiga, bertempur berlaga

Muda belia, tua tak terdaya
Dalam gelap terang, bertamu di sarang

Penuh ilmu di dada
Rasa megah dan gagah
Kosong hati dan jiwa
Bagai sesat dalam dunia

Digeruni, ditakuti
Biar berhati, takut terkena diri

Hati panas garang
Salah sikit kurang
Terus naik berang
Jadi bayang hilang

Cerita benar jadi salah
Yang salah terus kalah hingga mengah

Masih sesat dalam gelita
Hampir lemas ombak harta
Selesa hanyut alam dunia

Orang yang terpilih
Amalnya jernih
Buah dalam bersih
Sembahyang putih

Orang yang parah
Sifatnya darah
Buah dalam marah
Sembahyang merah

Yang gigih selendang putih
Yang berkerah selendang merah

Senapang membidik
Masuk tokong tiga beradik
Yang gundik boleh herdik

Agama yang berakal
Masuk masjid tujuh abang
Pasti barang jarang hilang

Si naga, harimau belang
Dua berani sama garang

Burung hantu, burung merak
Simpan kuku tinggi gerak

Ikan emas, labah-labah
Masih baru tapi gagah

Bila putih memukul merah
Pasti mati jatuh tanah..

Bukan semua
Segelintir sahaja yang bermuka
Hingga ada ahli sendiri
Yang berhaluan kiri

Tindakan bagai parang
Bukan dengan fikiran
Ingat ada yang tinggi
Yang Maha Mengetahui



-Malim Muda-

Selasa, 16 Disember 2008

Mulema Dilema

Siang ke malam
Hingga seminggu
Genap sebulan

Ada baru ada sejuk
Seorang pujuk dan rujuk
Kumpulan rayu dan menipu

Yang baru masih panas
Sejuk pula terhempas
Cemas lalu lemas

Tunas tumbuh melata
Akal mengira atur berkata
Dasyat gila

Kala untung pasang
Ada rugi surut
Untung mahu jerut
Rugi pegang kerut

Atas kaut bawah kantung
Atas suka bawah tergantung
Mata celik jadi buta
Mata sepet terus ketawa

Siapa masuk kena rompak
Yang pelik ramai lagi tak nampak
Bangsa bertandang memang bijak

Yang bawah sibuk bekerja
Yang atas menjadi raja
Niat berpura mesra berdua
Mata tersenyum ketawa suka

Dua topeng muka
Baik timbul jahat buka
Anak buah dari berbaka

Bersyair biar manis
Bentuk rupa berjenis
Kiasnya bersinis

Wilayah dirancang
Empayar dibina
Sini sana, dimana?

Impian tinggal khayalan
Realiti tinggal fantasi
Angan tinggal kosong

Harta karun hilang suluh
Pandang dekat selayang jauh
Kapal belayar turun sauh

Pengikut terhantuk dan terduduk

Kelip kedip celik mata
Buka mulut tutup telinga
Sembang ketat berapi menyala
Fikir kertas separuh gila

Asa tak putus
Telus tak turus
Gemuk tinggal kurus

Jual air jual minyak
Yang beli rasa tamak
Tak beli tak tergamak

Paksa pinjam saudagar
Ansur bayar bertingkat pagar
Kalau langggar kena cagar

Kasihan !
Tertahan jadi bahan
Baru padan

Ada masa pergi menuntut
Berbondong berbuntut
Semua kena melutut

Hujung-hujung tidak ke mana
Balik duduk tempat biasa
Untung ada hilang rasa

Inilah pancaroba dunia
Yang tertipu
Bangsa Mat Jenin sahaja



-Malim Muda-

Isnin, 15 Disember 2008

Binatang Ajaib & Patung Tua

Himpunan empat binatang
Terbaik dari ladang
Terkenal terbilang

Binatangnya berakal
Beraksi bercakap
Berfikir lengkap

Musang berbulu
Merayap merayu
Hilir ke hulu
Menyamar tipu
Bermain kutu
Curi makan selalu

Tikus si kecil
Giginya degil
Matanya jengkil
Hati perut kedut
Masalah datang kecut
Henjut sembunyi takut

Katak hitam
Suka melompat
Hujan lebat
Aksinya hebat
Berbagai watak
Bisu, buta atau pekak
Asal selamat anak tekak

Kuda belang
Berlari girang
Gagah berperang
Tapi sayang seribu sayang
Dilarang bebas kencang
Kerana jadi tunggangan orang-orang

Di satu sudut
Ada patung tua
Uzur dimamah usia
Berdiri tegak
Membatu membisu
Apa terjadi buat buat tak tahu



-Malim Muda-

Jumaat, 12 Disember 2008

Cecicak

Ada kecil besar
Melekap cekap
Melekat pekat
Memanjat loncat

Lidah menjelir liur berbisa
Serkap sasar mangsa
Perangkap mati masa

Berkaki hidup diri
Berlari terkial jemari
Selamat telur sendiri

Berbunyi bila terkena
Sumpah dendam derhaka
Kudis berdarah luka lama

Ekor dijatuhkan
Umpan perhatian lawan
Perlahan-lahan ‘bahan’ ditawan
Sebagai bekalan
Melawan kepala si tuan

Mengendap ligat
Mengasah padat
Kurang ajar dan biadap

Tahinya hitam putih
Hitam legam haram
Putih ketawa kekeh

Awas ! Cecicak
Cak ! Cak ! Cak !
Yang berkocak
Selalu menyemak



-Malim Muda-

Khamis, 11 Disember 2008

Kuala Kuasa

Hari dan bulan ditentukan
Muara jadi taruhan
Sungai jadi pecahan
Kuala tempat pertempuran

Antara kalangan
Perbarisan dan pembangkitan
Dua-dua dari kayangan

Perbarisan mara ke medan
Pembangkitan maju perlahan
Bayangan dipilih kalangan badan
Ketua warisan

Ramalan telahan melayang
Bertahan akan menang
Saingan jatuh hilang

Tukang karut dicipta
Tok Sakong pilih bersama
Mendukung cerita

Menggoreng dan menggula
Garam tak dilupa
Manisan jadi perasa
Khabar halwa telinga

Mengail ikan umpan ditabur
Perlahan tarik sauk dihulur
Kenyang tiada yang kebulur

Menang dijulang bagai raja
Gagak bertenggek menyahut geliga
Biawak serata merata
Sesumpah bertukar rupa

Kuala oh Kuala
Lima tahun lagi datang semula
Menawan hati seribu cerita



-Malim Muda-

Rabu, 10 Disember 2008

Bukit Harta Si Kaya

Pagi yang hujan
Awan gelap pekat

Tiba-tiba
Bukit bersuara
Tanah berkata

Sudah tiba masanya menari
Hukum alam menunjuk diri
Sahut petaka agar kembali

Laras hujan jatuh
Patah air luruh
Lalu runtuh

Rentaknya retak
Relahnya belah
Lekahnya terah

Ada berlari jalan berkaki
Selamat diri

Tak sempat terkorban diri
Lalu mati

Ramai membantu
Siang berlalu
Malam berwaktu

Niat kerja selamat mangsa
Ikhlas amanah menjaga harta
Semangat kuasa mengawal manusia

Ada menyombong
Berkira untung
Ada yang sakit hati
Tidak mahu didekati

Ada yang lupa diri
Berlagak mati
Ada yang marah
Hilang maruah

Ada panas baran
Mahu menyaman kerajaan

Yang terjadi
Sebagai pengajaran diri
Hanya Tuhan Yang Maha Mengetahui..



-Malim Muda-


Kata Pendekar Mustar "Korang semua pengampu orang kaya!!"

Sabtu, 6 Disember 2008

Pengalah

Turun dia
Sebagai pengganti
Penyambung tradisi
Demi generasi

Permulaan hari
Jelata memerhati
Semangatnya berdiri
Duduknya berbakti

Selang ganti waktu
Lantas kilas bertukar kuku
Rasa terkejut rasa beku

Ia berseru
Terburu-buru
Mengejar dan memburu

Ramai saudara yang baik telah dipijak
Dihenyak ditetak

Hingga mergastua terasa
Kuasa disalahguna

Sejak itu ia dihina
Raut wajahnya duka
Menghela rasa derita
Keluh sengsara

Hendak sesal tiada guna
Yang terjadi bukan kehendaknya
Adakah ini balasan Yang Esa?

Tatkala itu
Ia tidak lagi bersuara
Tunduk bertongkat dagu
Bertafakur lalu sayu

Akal fikiran mulai lemah
Gundah gulana terasa resah
Gelisah berserah

Mata melihat tinggi
Percaturannya dibilang hari

Purnama ketiga dinanti pasti
Sesuatu akan terjadi..



-Malim Muda-

Jumaat, 5 Disember 2008

Kala tiga suku

Sebangsa darah sekata
Seagama tetapi membara

Lalu sifat beza pendapat
Sayup ke timur
Jauh ke barat

Bila lemah menjadi korban
Yang jujur ke pangkal jalan

Bila kuasa hidup sendirian
Yang baik hilang pedoman

Sang juak berpuak
Lalu rohnya mati

Sang juang berjuang
Nilai nyawanya hati

Bila duanya bersengketa
Seimbang tak sempurna

Sifir hilang rentak
Alunan tidak bergerak
Yang tinggal padang jarak

Mentari merah memburu
Lautan biru haru biru
Pulau hijau sentiasa menderu
Ah ! Semua itu tidak perlu..

Hidup ini saling bantu
Menuju jalan yang satu



-Malim Muda-

Khamis, 4 Disember 2008

Si Yanuna-lah

Tidak di undang
Penuh berkalang

Isi kulit putih
Benih ringan
Terkenal bangsa tangan

Akal kata menyusun merapu
Mata sepet meleret palsu
Niat liar mahu menipu

Kuku taring jalur
Samar-samar
Susur dalam galur

Permainan lincah
Pijak tinggi rendah
Nafsu serakah

Harta tanah jadi sasar
Bila nyawa hidup duit

Berkira untung
Puak utama kantung

Lima tujuh bintang tiga
Digempur panglima beraja
Fahaman sesat hilang merata

Enam sembilan tunjuk garang
Bila simpang parang menyerang
Lintang pukang

Kosong lapan pandai menari
Langkah mayat kalau berani
Kita perang sampai mati



-Malim Muda-

Rabu, 3 Disember 2008

Dewalim II

Pakat kiri baris kanan
Dua tawan satu menawan
Balas suara sawan
Hairan …hairan…

Banyak kaki ulang penuh
Pecah anak peluh

Setengah jalan separuh bahagian
Terang gelap timbul tenggelam

Ada juga yang tiada ditempatnya
Lesap entah ke mana
Sesat jalan agaknya?

Ada bertenggek ada duduk
Ada berdiri ada bongkok
Gegas ke hulu keluar
Lari ke hilir masuk

Berdiri buat cerita
Bongkok terkulat baca
Bertenggek atas pagar
Duduk gaji buta

Yang kiri baju kolar
Yang kanan baju kot
Penyakit ada dua
Sakit kepala sakit perut

Letih penat dahi mengerut
Sebelum parah datang mengarut
Keluar hisap rokok curut

Masa soal jawab
Tindak mesti cepat
Berlakon biar hebat
Tipu asal selamat

Jangan lari dari amanat
Dunia sini lepas selamat
Akhirat sana kerja berat



-Malim Muda-

Selasa, 2 Disember 2008

Kumpulan Hitam

Kumpulan Hitam
Pendatang tempang
Jauh berdagang
Menumpang di simpang

Turun dari hulu
Hati kering tiada malu
Kulit gelap hitam
Daya kunci malam
Perintah tua Sitam

Cop mohor basah
Ikut lembaga undang negara
Hanya sementara

Sumpah jadi haram
Semua geram
Mahu ditaram

Harga diri dijual
Bertindak berarak tak terkawal
Hak lain direbut
Unsur gelap buat ribut
Busut kabut

Lama hilang percaya
Hakikat palsu sahaja
Puas diperkuda
Rancangan si pendeta

Baik berpecah sebelum retak
Baik roboh sebelum jatuh
Baik runtuh sebelum luruh



-Malim Muda-

Rabu, 26 November 2008

Dewalim

Keliling kanan kiri
Kerusi adil menari
Tak henti

Lawan kata bersilang
Dua hala bertentang
Pekak dan maki

Suara bergelimpangan
Kecil besar sahut-sahutan
Macam manusia hutan

Mata terang mata lena
Terkena baru terjaga
Aktif bila sensitif

Kepercayaan atau bukan
Semua kotor cuci
Dosa seinci

Bila tenang jadi ribut
Menang atas kanan
Kiri masuk lubang
Nisbah tak seimbang

Akhir tamat sampai
Keluar rapat tangan
Rupa-rupa bersaudara
Kita yang terkena



-Malim Muda-

Selasa, 25 November 2008

Si Beruk

Si Beruk
Bukan sebarang beruk
Suka duduk belakang menyorok

Beruknya muda
IQ berganda
Memang luar biasa

Perang naik kuda
Kuda hitam warna
Garis penamat menang
Terus dijulang

Ada yang terkejut
Ada pula yang terpaku
Ada pula yang buat tak tahu

Bercakap berapi-rapi
Takut-takut berani
Bahasa putar belit
Tiada isi hanya meleret
Lidah bercabang
Semua semata gebang

Ada akal guna kepala
Melompat terkinja dapat bunga
Hati baik hati jahat
Dua guna capai matlamat

Pegang agama letak tinggi
Bila mabuk tak sedar diri
Tangan gayut tinggi
Tak pernah jatuh lagi

Si Beruk…Biar undur sebelum orang maki
Jangan sampai orang menyumpah bila nak mati?



-Malim Muda-

Isnin, 24 November 2008

Negeriku Perak

Sedih dan lesu
Terkulai lemah layu
Bila negeriku tidak seperti dahulu

Legasi melayu kian terhakis
Keris yang ada tidak lagi kalis
Suara kecil hilang garis

Kerana yang berkuasa lupa sumpah janji
Bila kerdil jadi gergasi
Yang diberi amanat dan wasiat
Hilang dan sesat

Kumpulan tidak berkuku
Daerah satu jadi suku
Hanyut ombak racun dunia
Kerana selesa berpura-pura

Bila yang lain jadi ketua
Gerak diri tiada upaya
Lena dibuai dalam mimpi
Tidak peduli perjuangan suci

Ada kuasa ada peluang
Dalam tidur sedia serang
Inilah makhluk pokok penumpang

Langkah berangin berhaluan kiri
Menang kalah atau seri
Janji selamat anak sendiri

Bangsa lain kita sanjung
Bila kaduk naik junjung
Keris pula hilang keramat
Yang tinggal hanya semangat
Parti yang ada berpecah tiga
Panji politik pula hambar warnanya

Anak Perak mesti berani
Bangun berdiri bersatu hati
Tekad dihati sampai mati



-Malim Muda-

Jumaat, 21 November 2008

Melayu Baru

Dewasa kini kita berbalah
Yang betul semua salah
Yang parah serah kalah
Tamat bernokhtah

Kalau kita pecah runtuh
Sama isi kulit bergaduh
Berlawan petir, kilat dan guruh
Bangsa lain menangguk keruh

Mereka kukuh berdiri kuat
Padanya jahat asal selamat
Balik firasat rancang pincang
Hendak berlingkar naik tocang

Pantang kita pantang dicabar
Jangan sampai hilang sabar
Nikmat diberi luas bertebar
Lebih batas nahas di selar

Mereka juga penting diri
Mahu kehendak yang dicari
Baling batu sembunyi hendap
Jenis tiada adat dan biadap

Keris dan bulan mesti bersatu
Supaya yang lain tunduk dan malu
Jangan alpa, leka dan lena
Rapat barisan bulatan diguna

Sumpah bangsa kulit darah
Jangan sampai hilang maruah
Elak sesama bertelagah
Kelak mudah dipijak rekah

Sejarah kita tidak berseri
Bila Jebat rebah kerana Taming Sari…

Yang pasti kita bersatu
Bina bangsa melayu baru..



-Malim Muda-

Khamis, 20 November 2008

Pendeta

Bermula suci baik dan hati
Bila serasi menunjuk diri
Bermuka sesumpah suaranya saka
Tangan berjabat sekali dua

Mulut tersenyum berbau harum
Awas ! Kata di kota penuh jarum

Pantas licik menjalar akal
Sifat badan buat bekal
Hipokrit ketawa menjadi tangkal
Fikir berjaya jangan gagal

Norma kehidupan luar biasa
Lelaki perempuan tergadai belaka
Peluang dan petualang menjadi satu
Kuasa segera darah batu

Orang ‘bertandang’ membawa hutang
Harta dicanang, barang di pinggang

Spesis manusia lidah bercabang
Segala cadangan semua dibangkang
Maruah negara mahu dikangkang

Cerita didengar sang mergastua
Lalu dicampak amukan ketua

Ngauman bergema serata dunia
Kononnya konspirasi direkacipta
Benar atau salah tidak tahu sumbernya

Dikurung ,terkurung dan mengurung…

Hari ini terbit kembali
Niat mencuba sekali lagi
Tetapi di atas sana Maha Berdiri

Semua lihat sahaja nanti….
Sesuatu terjadi...
Mungkin ya....mungkin jadi…
Atau tak jadi….



-Malim Muda-

Selasa, 18 November 2008

Sumpah Kita

Tika Negaraku bergema
kitapun bersatu
di bawah kibaran Jalur Gemilang
lalu kita junjung
lima rukunegara
kita kejar adicita
demi sebuah negara bangsa

Lalu kita senandungkan
lagu irama negara
akan lahirlah wira bangsa
tertanam teguh di jiwa
lima rukunegara

Kepercayaan kepada Tuhan
Kesetiaan kepada Raja dan Negara
Keluhuran Perlembagaan
Kedaulatan Undang-undang
Kesopanan dan Kesusilaan

Biarkan kita terus berdiri di sini
menjunjung rukunegara
bersama pemimpin nan setia
yang berdiri di atas duri
berlari di atas api
meskipun kaki terluka

Seandainya ada
petualang durjana melewati daerah sejarah ini
meranap nilai-nilai rukun negara yang terbina
kita bangun
kita tentang
kita injak mereka ke hujung nyawa
kerana itulah sumpah kita
warga sebuah tanah melayu
yang bernama Malaysia

Isnin, 17 November 2008

Penyamun

Kau berpura
Dibalik diri
Berbayang hari

Pandai kau berlakon
Nampak celik
Rupanya rabun

Bukan biasa
Bila samun berdiri
Luar biasa
Bila samun puak sendiri

Memang tak puas
Lembut tapi keras
Baik sama buas

Pintar sekali otak
Tempurung kerak
Fikir bergerak
Emas dan perak

Jalan angannya besar
Sifat citanya tinggi
Tapi sayang, kali ini tersasar
Jatuh terperosok sekali

Masih terlepas
Hukuman dunia
Tapi kelak di sana
Menanti pasti..

Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya ke tanah jua..



-Malim Muda-

Ahad, 16 November 2008

Maha Si Mergastua


Maha Si Mergastua
Di satu negara
Asia Tenggara
Rasa megah dan gagah

Maha Si Mergastua
Bukan sebarang
Masyur dan terbilang

Maha Si Mergastua
Sudah berusia lama
Tapi ramai pengikutnya
Memang luar biasa

Maha Si Mergastua
Masih berhati muda
Seakan nafsu kuda
Hati lebih gila

Maha Si Mergastua
Semakin tua
Batin sengsara
Zahir merana

Maha Si Mergastua
Jangan dihina sang langau
Nanti digigit gagau
Terus sasau

Maha Si Mergastua jiwa bangsa..
Sang langau hati jiwa luka..




-Malim Muda-

Jumaat, 14 November 2008

Menjejak zat melayu


Pagi jumaat ini
Aku terfikir, tergerak hati
Untuk mencari, menjejak zat melayu
Mencari seorang bangsa melayu
Yang suci, ikhlas

Kenapa melayu sekarang?

Politiknya yang bercelaru
Sosialnya berkecamuk
Bagaikan meronta-ronta
Dalam kepanasan

Apa yang dicari?
Harta atau maruah?
Kroni atau bangsa?

Natijahnya
Bangsa lain yang semakin 'berani'
Yang semakin melampau batas
Yang semakin pintar
Mengaturkan rancangan mereka

Aku terfikir lagi
Beginikah hidupnya
Pengakhiran bangsa melayu
Abad ini

Aku berharap ada sinar baru
Yang akan muncul tidak lama lagi
Menerangi gelap
Memayungi kesuraman
Melemparkan kebahagiaan

Aku berharap
Dapat mencari, menjejak
Zat melayu

-Malim Muda-

Rabu, 12 November 2008

Alkisah YB

Alkisah ada satu cerita
Bukan rekaan tapi kenyataan
Sangat elok dibuat pengajaran

YB empunya gelaran
Tokoh terkenal lagi hartawan

Mulanya nampak memang baik
Slow-slow pelan-pelan naik
Gigih kononnya berusaha
mengangkat martabat bangsa

Ramailah ' ahli ' sukakan dia
Memuji memuja, sumpah taat setia

Apa kata dia pun semuanya ikut
Mahu dia pun ada yang karut
Ada yang tak tahan terus mencarut

Ramai orang menjadi kaya
Habis semua dikaut bersama
Gelaran diberi jutawan terkejut
Harta melimpah sedia di angkut

Baru-baru ini tak sedar diri
Dah memimpin lama, masih tak undur lagi

Kenapa masih berdiam diri
Kenapa masih nak pertahan diri
Takut hilang hormat diri
Takut hilang duit & kroni

Sampai bila nak pegang kuasa
Takkan nak tunggu akhir masa
Bagilah orang lain merasa
Bagilah orang lain menjadi ‘kaya’

Pusing-pusing sama je semua
2 x 5…
5 x 2….


Berbalas pantun YB dan ' ahli ' :

Banyak orang ke Batu Buruk
Benih kunyit dibuat jeruk
Kalau kau kena sekali ketuk
Tak jadi monyet terus jadi beruk

Kalau tuan ke Batu Buruk
Bawakan aku sebakul kerang
Kalau aku dah jadi beruk
Kau nak jadi apa? Jadi kongkang


-Malim Muda-

Selasa, 11 November 2008

Teh & Roti Canai

Kau suka dia
Aku pun suka dia
Tapi kami tak suka kat kau

Kau besar
Dia kecil kau jadikan besar
Kami kecil tak dapat nak besar

Kau ikut nafsu
Dia ikut telunjuk
Kami dah tak boleh tunjuk

Kau ramai kawan
Dia ramai sokongan
Kami hanya ada Tuhan

Kau ikut hati
Dia termakan budi
Kami dipaksa berbakti

Kau mahu naik
Dia pun ikut naik
Kami tak tentu naik

Ada yang dapat naik
Ada pulak yang terlebih naik
Kami ni tak mahu naik

Naik dia patut naik beban
Ini naik dia tak berbeban
Ini macam semua mesti naik

Kau naik
Dia naik
Gaji naik
Tepung naik
Minyak naik
Semua mahu naik
Kami apa yang nak naik?

Isnin, 10 November 2008

Tahniah KMBM buat kali ke 2


"Karya seni adalah satu daripada kerja Tuhan.
Oleh itu, buatlah sungguh-sungguh dengan penuh kejujuran."

"Membuat filem haruslah dari idea dan feeling "

"Filem ini adalah hasil pemikiran yang mendalam, pengalaman
yang meluas dan pengkajian yang halus, teliti dan bertanggungjawab.

"Masyarakat harus mengikuti perkembangan filem kerana pembuat filem ialah orang yang kreatif dan dapat membentuk masyarakat. Apa yang dipaparkan dalam filem akan diikuti oleh masyarakat"

-P. Ramlee-

*Semoga era kegemilangan filem melayu akan muncul semula

Khamis, 6 November 2008

Kita Menang?

Pilihanraya…
Siapa pemilih?
Siapa yang dicalon?
Siapa yang dipilih?
Tapi siapa sebenarnya menang?

Demokrasi…
Suara pemimpin
Suara penyokong
Suara rakyat
Atau suara kaum?

Pemimpin…
Janji dahulu
Tak tertunai
Janji sekarang
Mungkin anganan

Bangsa ketuanan
Semakin lama semakin terhakis
Perpecahan semakin melarat
Semangat semakin pudar
Terpedaya dalam sedar

Bangsa yang mahukan ketuanan
Semakin kuat membela bangsanya
Makin padu semangat perpaduan
Bagai ada pelbagai perancangan
Tersembunyi daripada mata dan tafsiran

Bangsa kita mempertahankan negara
Mereka pula mempertahankan tembolok mereka
Selepas mereka sudah kaya raya
Kini mereka mahukan pula kuasa
Apa lagi yang tinggal jika semuanya milik mereka?

Bangsa tidak suka
Bangsa mahukan pembela
Memang sudah patut
Bangsa mengajar negara
Siapa tuan yang sebenarnya

Adakah kita sudah sedar
Akibat terlalu mengikut hati
Tidak melihat jauh ke hadapan
Tidak tahu menilai kesinambungan
Bangsa di masa hadapan
Apakah pula nasib keturunan?

Bangun dan bersatulah
Tidak kira apa bendera
Darah bangsa yang gugur masih baru
Pertahankanlah perjuangan mereka

Rabu, 5 November 2008

Seloka pantun

Daripada ke hulu perahu bergalah
Eloklah berhenti memasang panah
Daripada malu mengaku kalah
Biarlah mati dikandung tanah

Berani hanya di dalam kandang
Bila keluar tak tengok orang
Cakap besar mulut temberang
Kemana pergi dimusuhi orang

Jantan hanya setakat bibir
Kalau bercakap bagaikan petir
Bersua lawan ketiak berlendir
Akhirnya mati tercampak ke air

Kalau hendak memilih kain
Pilih kain bertapak catur
Kalau hendak memilih pemimpin
Pilihlah pemimpin berakhlak jujur

Keris dihunus bukan sebarang
Membuat penonton sorak riang
Perit melihat pemimpin sekarang
Umpama mengkarung lidah bercabang

Selasa, 4 November 2008

Nyalakan Tekad

Nyalakan azam membumbung
Padukan tekad nan waja
Songsongi ombak bergulung
Menuju ke pulau cita

Setitik jadikan laut
Sekepal jadikan gunung
Namamu kelak disebut
Jasamu kelak disanjung

Nyalakan tekad dihujung cita
Sama muafakat ke puncak jaya
Sembah setia sepenuh jiwa
Untuk nusa dan negara

Kan megah langit dijunjung
Rela bumi nan dipijak
Kan megah ibu mengandung
Putra putrinya berjasa

Isnin, 3 November 2008

Mantera Beradu

Masih belum sempurna..

Bismilahirahmanirahim...

Mantera Beradu..
Mantera Beradu..
Mantera Beradu..

Gerakkan Hati… Hati gerakkan…
Pandanglah aku.. aku lah dia..

Kulitku tebal.. ku kebal.. ingatku kebal
Banyak berbual makan angin kembung perut mual
Resah dan tidak senang.. hidup tak pernah lenang
Ku schizo paranoia takut pecah tembelang

Pecah tembelang… peta dah hilang
Bangau dah pulang… suara sumbang

Lidahku kaku tak selicin kuku
Teman baikku buku
Bini ku pena.. tak pernah lena
Aku suka mengintai pantang ditenung
Berakhir pertelingkahan dalaman
Pasti belum

Ikut gerak hati.. pena melayang
Dilihat dua layang pandang
Tak lah sekarang
Takat meradang
Tanya.. abang gedang, apa barang?
Badan macam badang
Main acah belakang parang

Kuhunuskan keris musuh ada pistol
Tradisi kekalkan adaptasi harus betul
Tujuh baris keramat tujuh garis penamat
Baik berpada biar jahat asal selamat

Ramai saudaraku yang baik telah dipijak

Awan mendung yang berarak
Bawa tangis bawa resah
Rebah rindu yang terkumpul
Semua gerak dan kalimat
Semua janji yang terikat
Lebur disisimu

Yo! ijazah terbaik datangnya dari jalanan
Dari pengalaman bercakap dan bersalaman
Konflik motivasi cuba medatasi
Positif dan benci jadi inspirasi pagi

Peduli itu interpretasi basi
Pekakkan sebelah
Halang biar keduanya
Muka cantik soalan bodoh yang ditanya
Jadi melodinya
Lebih hina dari zina

Lu bikin dosa ku bikin prosa
Testosterone testarosa
Cita-cita sosa KL KL kosa nostra
Jalan berliku ku harung roller coaster

Gah sentosa tiada penyesalan
Luas pandangan jauh dah berjalan
Tak sempurna masih ada kejanggalan
Gagal merancang, merancang kegagalan

Awan mendung yang berarak
Bawa tangis bawa resah
Rebah rindu yang terkumpul
Semua gerak dan kalimat
Semua janji yang terikat
Lebur disisimu

Kucing bawa tidur rimau bawa ngigau
Masuk tempat orang bawa otak bukan pisau

Naik bukit angkuh cakap ayah jangan risau
Turun bukit pucat dengar tiga miaw
Kucing bawa tidur rimau bawa ngigau
Masuk tempat orang bawa otak bukan pisau

Tolak pintu gua tiga kerat tenaga
Kosong tak dijaga sampai datang tiga naga
Ingat nak berlaga tapi tak kan boleh menang
Menang dengan otak tak mesti dengan pedang

Sebelum jadi naga, ikan koi renang renang
Kura-kura salah jawab pantun, naik berang
Panggil lima kawan atau biar pergi laju
Risaukan perkara temeh kita tak akan maju

Muka sama hijau hati siapa tahu
Merah dah menyala pasti mati siapa mahu
Gagap tiga kali bercakap benar saja
Bulan terang ramai yang keluar buat kerja

Panjat pokok buluh cari tokong air terjun
Naik sampai nampak dah terpegun turun
Tiga ular ikut lompat atau paut
Kalau lari mati jika belok maut

Awan mendung yang berarak
Bawa tangis bawa resah
Rebah rindu yang terkumpul
Semua gerak dan kalimat
Semua janji yang terikat
Lebur disisimu

Puisi hati mu… hati mu puisi
Palu hati ku palu hatiku

Kulit tak bersalin walau saling ganti baju
Pandang sini pandang sini
Ku berbahasa baku kata kata nahu
Himpun jadi satu
Mantera beradu dengan irama dan lagu

Akhirnya sempurna..


-Malique & M.Nasir-

Selasa, 28 Oktober 2008

Padan Muka Melayu

Kemanakah Melayu ini?
Apakah nasib Melayu nanti?
Pagi petang siang malam
Melayani hedonisme
Mudah meniru-niru.

Jepun meniru kereta
Korea meniru skuter
Iran meniru tenaga nuklear
Melayu hanya pandai meniru gaya pakaian dan rambut macam-macam ‘kaler’.

Meniru-niru kejahilan
Menuju kebinasaan...

Budak Melayu hanya pandai merempit dan ‘hisap’
Sedangkan anak bangsa lain pandu BMW dan Honda Civic terbaru.

Remaja Melayu bangga pakai jeans Levi’s 501 dan kasut Timberland
Sedangkan anak bangsa yang lain tak kisah soal jenama pakaian.
Mereka lebih teruja dengan PC Fair dan teknologi.

Melayu hanya pandai habiskan ribuan ringgit untuk 'make-up' kereta
Sedangkan anak bangsa yang lain pandai buka kedai aksesori kereta.

Melayu hanya pandai pandu laju-laju dan berlagak di lebuhraya.
Sedangkan anak bangsa yang lain pandai pandu pick-up truck ke tempat 'eksiden' untuk diangkut ke bengkel ketuk (kasi tekan cukup-cukup dalam bil).

Melayu hanya teruja bergaya dengan handphone Nokia termahal.
Sedangkan anak bangsa yang lain sibuk cari macamana bekal itu handphone.

4 perkara yang bangsa Melayu paling pandai tanpa diajar dan disuruh-suruh.

Pertama, buang duit.
Kedua, buang masa dan berpeleseran.
Ketiga, bergaduh dan tunjuk samseng dengan bangsa sendiri.
Keempat, semua yang diatas...

Pandaikan Melayu?

Banyak Melayu gaya saja lebih...
Kesimpulannya Melayu ini suka bergaya dan meniru-niru...

Jumaat, 24 Oktober 2008

Mabuk kuasa

Hoo hoo hoi siapakah gerangan
Berteriak seperti kodok memanggil hujan
Tak kenal kah aku Maharaja Kebesaran
Berkuasa di darat dan di lautan

Itik manakah yang bersuara itu
Mengaku raja seperti aku
Nanti ku sumpah menjadi batu
Baru lah tahu untung nasibmu

Cis !! Berani lagi menjawab kata
Dihadapanku menunjuk derhaka
Ku seru langit dan bumi bertepuk
Terpenyeklah engkau wahai si kodok

Alangkah bodohnya tingkah si kerdil
Bagai sang bangau dengan sang kancil
Kalau ku terpenyek engkau pun kemek
Seperti lempeng yang kena gelek

Hoo hoo hoi janganlah terlalu gila kuasa
Aku pun raja berdaulat juga
Kita mulia kerana kuasa
Mabuk kuasa mula jadi gila

Rupanya kita bersaudara...

Isnin, 20 Oktober 2008

Bangsa Pak Pandir

Aku bilang sama pokok
Rimbun lah daun kasik sejuk.
Pokok jawab… kamu bukan insan seni.

Aku bilang sama sungai
Jernihlah air..
Aku mau mandi.
Sungai jawab… kamu bukan tuan tanah.

Aku bilang sama angin
Hembuslah aku rindu kedamaian.
Angin jawab.. kamu tak cukup matang.

Aku bilang sama diri
Belajarlah agar jadi insan cerdik.
Aku jawab tak perlu buat …. aku tetap bangsa pak pandir.


-Mamat Khalid-

Khamis, 16 Oktober 2008

Itulah Politik Namanya

Jika kamu kesukaanku, semuanya baik belaka
Jika kamu berwang banyak, aku kata kuat kamu berusaha
Jika kamu berkereta lawa, aku kata itu berkat bekerja
Jika kamu berumah mewah, aku kata untuk tamu yang melimpah

Jika kamu kebencianku, semuanya dinilai celaka
Jika kamu berwang banyak, aku kata duit orang kamu lanyak
Jika kamu bekereta lawa, aku kata kamu mengada-ngada
Jika kamu berumah mewah, aku kata idu duit rasuah

Jika kamu pilihanku, semuanya aku setuju
Jika kamu bercakap kasar, kataku memang mereka perlu diajar
Jika kamu cakap berputar, aku kata mereka itu yang celupar
Jika kamu berdusta, aku kata bohong mereka lebih berganda
Jika kamu bersumpah, aku kata itu tanda mereka bersalah
Jika kamu berdansa, itu hanya untuk rakyat bersuka

Jika kamu seteruku, semua tindakanmu aku palu
Jika kamu bercakap lunak, aku kata kamu memang nak berlagak
Jika kamu bercakap lurus, aku kata harapan kamu dah putus
Jika kamu bercakap benar, aku kata kamu hanya buat kelakar
Jika kamu bersumpah, aku kata kamu memang telah diupah
Jika kamu berzikir, aku kata kamu hanya cuba menyindir

Musuhku semuanya haram…
Pilihanku semuanya harum…

Ajaran Tuhan
Jangan hukum ikut perasaan dan sangkaan
Jangan hukum ikut kumpulan dan pasukan
Hukumlah ikut firman dan alasan

Ajaran Syaitan
Hukumlah ikut perasaan dan kebenciaan
Lihat dulu kawan atau lawan
Bukan kata Tuhan atau Sabda Junjungan

Maka dunia pun bertukar
Hukum menjadi putar-putar
Siapa sahabat, maka dia diangkat
Siapa tak sepakat, maka dia musibat

Pilihanku semuanya ditabal mulia
Pilihanmu semuanya ditabal celaka
Tanya mereka, Mengapa begitu jadinya?
Jawabku , itulah politik namanya..



-SS Dr. Maza-

Selasa, 14 Oktober 2008

Takkan Melayu Hilang Di Dunia II

Pecah gayong di dalam dulang,
Dulang hanyut lautan tujuh,
Pecah gayong pecah sayang,
Disatu masa kembali teguh

Anak cina bermain gasing,
Mari bermain di kota raja;
Bangsa Melayu tidak terpusing,
Kerana setia kepada negara.

Tanah Melaka tanah pusaka,
Tempat lahir panglima negara;
Wahai pemudi juga pemuda,
Bangunlah kamu pertahankan negara.

Tanah Melaka tanah purba,
Tempat berbagai aneka sejarah;
Kalau kata sudah dikota,
Pantang Melayu menyerah kalah.

Acap-acap di tepi laut,
Buaya ganas melintang kuala;
Sebelum ajal berpantang maut,
Takkan Melayu hilang di dunia.


Tempana nipis namaku, besi tua di tanah jawa..
Hidup kembali budaya bangsa ku..
Takkan melayu hilang di dunia..

Khamis, 9 Oktober 2008

Takkan Melayu Hilang Di Dunia

Tidak Melayu hilang di dunia
Terdodoi rasa
Terlena kudrat
Sedangkan Hang Tuah
Keliru haluan
Antara ketaatan dan setiakawan
Sedangkan Hang Jebat kebuntuan
Antara menegak keadilan
Dan semangat perjuangan

Takkan Melayu hilang di dunia
Laungkanlah
Demi mencari selesa
Leka berzaman
Telah mencelaru
Apa bahasamu
Belanjawan jadi bajet
Maklumat jadi info
Niaga jadi bisnes

Budaya meniru
Menyelinap subur
Dalam cerminan
Tamadun bangsa
Yang maju ke depankah kita?
Alangkah gerhana
Malang tidak berbau
Jadi kecelakaan
Apakah benar celakanya
Orang yang malang
DBP yang dituding
Sekadar berputih mata
Arahan adalah kuasa
Melayu memang takkan hilang
Yang kecundang jati dan jiwa

Takkan Melayu hilang di dunia
Kiranya secalit gincu
Menyentap iman
Andainya derap kasut jinjing
Menyemarak nafsu
Antara rezeki dan gerak hati
Antara ketakwaan dan hakiki
Gelumang keremehan
Tiada kesudahan
Harus ada ruang cahaya
Mengakhiri perhentian

Kita memang yakin
Takkan Melayu hilang di dunia
Kita harus mencari semangat
Yang menyusuri tamadun
Kitalah harus memupuk umat
Yang tidak kering keringat
Kita harus menggilap minda
Melangkaui sempadan
Agar jangan dunia
Kehilangan Melayu


- L C Fang -

Isnin, 6 Oktober 2008

Tanah Pusaka Ku

Sungguh gemilang negeri ku
Yang ku puja oh tanahairku
Di merata dunia
Harum semerbak nama mu oh Malaysia..

Aman makmur kaya raya
Selama-lama hidup maju jaya
Oh tanah pusaka
Negaraku yang berdaulat dan merdeka

Tanah pusaka bertuah
Berbagai bangsa di dalamnya
Hidup aman dan berjaga
Bertekun kerja dan berjasa

Musuh melanggar ku gempur
Sungguh rela ku gugur kerana
Kau tanah pusaka
Biar putih tulang, jangan putih mata


Semoga negara Malaysia sentiasa aman damai, makmur, sejahtera dan bersatu padu tanpa mengira kaum dan bangsa. Doakan tanahir kita sentiasa dilindungi oleh Allah SWT dari sebarang ancaman, malapetaka dan anasir dari luar. Amin..

Isnin, 22 September 2008

Bicara kata

Seorang Muslim tidak diciptakan untuk mengikuti arus gelombang, lalu berjalan mengikuti langkah manusia ke mana saja. Tetapi seorang Muslim diciptakan untuk menatang dan menghadapi dunia, masyarakat dan peradaban.

Dialah yang menentukan arah yang harus diikuti manusia, menentukan kehendaknya kepada umat manusia kerana dia memiliki risalah dan tanggungjawab menyelamatkan dunia. Kedudukan seorang Muslim bukan pada kedudukan pengikut dan pak turut.

Kedudukan mereka adalah kedudukan pimpinan yang membimbing dan memberi arah, kedudukan menyuruh dan melarang. Apabila zaman menentang dan menyulitkan, masyarakat berpaling ke arah kemungkaran, seorang Muslim tidak patut menyerah dan tunduk mengikuti zaman dan masyarakat itu, tetapi dia mestilah bangun menghadapinya dan tetap berjuang bermati-matian sampai Allah menetapkan ketentuan-Nya."



-Muhammad Iqbal -
Penyair terulung islam

Khamis, 18 September 2008

Berita Dari Rantau

Angin pantai
Dingin mencengkam
Ombak laut
Mengajak pulang

Di sini ku rindu
Kampung halaman
Yang lama kutinggalkan

Betapa indahnya negeri orang
Tak seindah tanah tumpah darahku
Wajah sanak saudara yang tercinta
Bermain di mataku di kala sepi

Sawah ladang dan pohon nyior
Dengarkanlah jeritan hati
Kuingin nyatakan...
Aku sering merindu belaianmu
Aku sering merindui kasihmu


-Alleycats-


*Bagi perantau -perantau di luar sana, pulanglah ke kampung halaman yang sudah lama ditinggalkan.

Khamis, 4 September 2008

Jangan cemari bulan Ramadan yang mulia ini

Bulan Ramadan yang mulia ini janganlah kita cemari dengan perkara-perkara yang tidak
berfaedah, hal ehwal duniawi, cerita-cerita politik yang tidak kemana.

Bulan Ramadhan bulan berganda. Setiap apa saja yang dilakukan akan mendapat balasan
berganda. Malahan nafsu kita juga turut berganda walaupun pada bulan ini syaitan
dirantai oleh Allah. Ini adalah kerana nafsu telah bertapak di hati dan bermaharajalela.

Sabda Rasulullah saw.:
"Apabila datang bulan Ramadhan, dibukakan pintu langit dan ditutup pintu neraka serta
dibelenggu segala syaitan."

Sabda Rasulullah saw:
"Barangsiapa yang mendirikan Ramadhan dengan penuh keimanan nescaya diampunkan segala dosa-dosanya yang lalu."


Tak kiralah politik UMNO, KeADILan dan PAS , tidak akan mampu menjadi kerajaan yang baik di dunia ini kerana perlembagaan dan ideologinya buatan manusia.

Kecuali apa yang menjadi kehendak Allah seperti mana dituntut oleh al-Quran dan Hadis
akan terus kekal sehingga ke hari Kiamat. Justeru itu kenapa umat Islam di negara
ini mahu berpecah belah?

Tak sedarkah peringatan Allah dalam surah An-Nisaa’ yang bermaksud;”Hai orang-orang
yang beriman! Taatlah kepada Allah, dan taatlah kepada Rasul, dan orang-orang yang
berkuasa di antara kamu. Dan bila kamu berselisih tentang sesuatu di kalanganmu sendiri,
hendaklah kamu mengembalikannya kepada Allah (al-Quran) dan Rasul (sunnahnya). Jika kamu beriman kepada Allah dan Hari Kemudian, itu lebih baik dan penyelesaian yang paling indah

Namun inilah politik malaysia....apa sahaja dipolitikkan. Namun islam itu adalah
satu prinsip...janganlah kita menilai hukum hakam islam hanya kerana unsur politik
(yang berpuak-puak)...

Hidup ini penuh dengan dugaan...
Hidup ini penuh dengan cabaran...
Hidup ini penuh dengan kejahilan...
Hidup ini penuh dengan kepalsuan...
Hidup ini hanyalah sementara...



-Malim Muda-



"Ya ALLAH! Sesungguhnya AKU berlindung dengan keredhaan-MU daripada segala kemurkaan-MU.AKU juga berlindung dengan kemaafan-MU daripada segala balasan yang bakal ditimpakan.AKU juga berlindung dengan Zat-MU yang tidak terhitung segala nimat dan belas kasihan yang telah ENGKAU berikan, kami hanya mampu berusaha memuji-MU seperti mana pujian yang layak bagi Zat-MU."

Selasa, 2 September 2008

Harapan Ramadan

Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna

Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula

Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti

Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan

Selangkah demi selangkah...
Dengan rahmatMu oh Tuhanku...
Ku tempuh jua


-Raihan-

Khamis, 28 Ogos 2008

Perjalanan Hidup

Aku yang masih di perjalanan hidup ini
Begitu lama berlegar di persimpangan dunia
Menempuh jarak dan titian
Rimba dan lautan
Mencari sesuatu yang abadi

Aku yang masih di perhentian hidup ini
Begitu jauh mengembara ke serata hidup ini
Mengejar siang dan malam
Surut dan pasang
Mencari sesuatu kebebasan
Mencari sesuatu kedamaian

Di mana berakhirnya
Perjalananku ini
Esok dan lusa bukan miliku
Oh Tuhanku
Lindungilah hambamu yang hina ini
Aku setia hanya padamu
Oh Tuhanku


-Ramli Sarip-

Rabu, 27 Ogos 2008

Fitnah yang berleluasa


Dewasa ini terdapat dikalangan manusia menyalah gunakan teknologi bagi menyebarkan berita. Fitnah ditabur dengan sewenang-wenangnya menggunakan teknologi moden mengakibatkan manusia hidup dalam keadaan serba salah, curiga mencurigai, berbalah dan bermusuhan dan mungkin juga akan ada nyawa terkorban kerana kemudahan yang disalah guna

Kita boleh lihat pimpinan negara sekarang ini yang sedang berperang antara satu sama lain. Semua berita yang diterima hendaklah kita perhatikan mana sumbernya supaya kita tidak tersalah menghukum atau menzalimi orang tidak bersalah.

Allah menyuruh kita berlaku adil kepada semua orang bukan sahaja dari kalangan orang Islam malahan juga dari kalangan orang bukan Islam. Tidak kira didalam peperangan atau diluar peperangan kerana bersikap adil ini adalah akhlak umat Islam. Allah amat benci kepada kezaliman.

Kita hendaklah menjauhkan diri dari segala fitnah yang sedang berlegar di dalam negara kita sekarang ini. Selamatkanlah diri kita dari api neraka dengan berdiam diri dengan fitnah-fitnah ini kerana berdiam diri itu adalah lebih baik daripada kita turut serta dalam keadaan kita tidak mengetahui perkara sebenar. Saya yakin dan percaya bahawa fitnah ini terjadi hasil dari kezaliman manusia iaitu tidak meletakkan perkara itu ditempat yang sepatutnya

Kita sama-sama mendoakan agar Allah melindungi kita dari fitnah yang sedang melanda ini. Takutkanlah Allah sesungguhnya itulah taqwa yang akan membawa keselamatan dalam hidup kita di dunia dan di akhirat. Janganlah kita mati melainkan dalam keadaan bertaqwa. Wallahua’lam


يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓاْ إِن جَآءَكُمۡ فَاسِقُۢ بِنَبَإٍ۬ فَتَبَيَّنُوٓاْ أَن تُصِيبُواْ قَوۡمَۢا بِجَهَـٰلَةٍ۬ فَتُصۡبِحُواْ عَلَىٰ مَا فَعَلۡتُمۡ نَـٰدِمِينَ

“Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu”
(Surah al-Hujuraat, ayat 6)



-Malim Muda-

Selasa, 26 Ogos 2008

Melayu hilang, islam pupus di tanahair ku

Aku masih duduk termenung...
Fikiran berlari jauh...
Aku teringatkan sesuatu.
Teringatkan keadaan masyarakat sekeliling.
Teringatkan tentang sikap dan hati-jiwa bangsa melayu islam di Malaysia
Dan merenung sikap hati jiwanya sendiri...!

Aku terkenang.....
Di Malaysia, sudah tidak ada seorang bangsa melayu islam yang bersemangat patriot!
Di Malaysia, sudah tidak ada lagi seorang melayu islam pahlawan pembela mayarakat yang berjiwa luhur dan berjiwa rakyat!
Di Malaysia, sudah tidak ada lagi manusia melayu islam yang berani berdiri tegak melaungkan kebenaran dan membela keadilan!
Di Malaysia, sudah tidak ada lagi manusia-manusia melayu islam yang berani berkorban masa, tenaga, harta dan jiwanya demi kebajikan masyarakatnya dan seluruh manusia sepanjang hayat hidupnya!

Di Malaysia, sudah tidak ada lagi seorang manusia yang bersemangat seperti Nabi Muhammad SAW, Sayidina Abu bakar, Umar, Usman dan Ali...R.A.!
Sudah tidak ada lagi yang bersemangat berani dan berjiwa seperti Khaleed al Waleed!
Tidak ada lagi yang bersemangat seperti Mahatma Ghandi!
Seperti Ibn Taimiyah! Seperti Muhammad Abduh!
Sudah tidak ada lagi...
Sudah tidak ada lagi....!

Yang ada ialah ....
Orang-orang seperti Karun, Firaun, Ghengis Khan!,
Yang bertopengkan pakaian besih, pejabat dan perniagaan, jawatan dan kedudukan serta ilmu pengetahuan kepandaian!
Yang ada ialah manusia yang lemah hati-jiwa kemanusiannya!
Yang ada ialah manusia yang bacul semangat kemasyarakatannya!
Yang ada ialah manusia yang sibuk mengejar kesenangan dan kemewahan hidup!
Yang pandai berpura-pura, berbudi bahasa dan berlagak baik!
Yang ada ialah manusia yang sibuk mementingkan diri mereka sendiri dan keselamatan diri mereka sendiri!
Yang ada ialah manusia yang pandai berpura-pura!
Yang ada ialah manusia yang gila harta dan kesenangan hidup!
Yang ada ialah manusia yang gila mahu hidup tidak mahu mati-mati!
Yang ada ialah manusia yang tidak pedulikan masyaraktnya ....
Yang hanya pedulikan kepentingan diri mereka dan kejayaan diri mereka sendiri sahaja
Yang ada hanyalah pengikut tasawuf yang berhati bacul!
Yang ada hanyalah orang tawaduk - warak yang sudah pekak telinganya dari mendengar tentang kepincangan jiwa masyarakat islamnya!
Yang ada hanyalah manusia yang pandai berdalih untuk menyerah kepada nasib dan takdirnya!
Yang ada hanyalah orang yang busuk hati jiwanya!
Yang ada hanyalah orang yang pandai mengunakan agama untuk kepentingan wang dan kesenangan hidupnya!

Aku terus termenung....!
Melihat kejatuhan hati budi dan semangat jiwa luhur..
umat bangsa melayu islam Malaysianya sendiri!

Kemudian aku mengeleng2kan kepalanya.
Aku sedar...pada satu hari nanti...
Aku dan semua manusia pasti akan mati!
Kerana ...
Tiada sesiapa pun yang dapat hidup kekal didunia ini selama-lamanya!
Masing-masing akan mati dengan membawa sikap dan hati-jiwa mereka sendiri untuk menemui Tuhannya yang Esa!


“Kesenangan di dunia ini hanya sementara dan akhirat itu lebih baik untuk orang-orang yang bertakwa dan Kami tidak akan anianya sedikit pun.”
(Surah an Nisa’: Ayat 77)

Isnin, 25 Ogos 2008

51 Tahun negaraku merdeka




Rupa-rupanya
Sudah separuh abad lamanya
Bangsaku merdeka
Bumi tidak terjajah lagi
Fisikalnya cuma……

Jadinya selama 51 tahun jugalah
Bangsaku menjadi tuan di bumi sendiri
Penentu segala gerak hala cara
Pemutus kata setiap bicara

Setengah abad jugalah jadinya
Melayu memacu genderang kecemerlangan
Nafiri budaya bangsa ditiupkan
Mengorak pencak langkah seribu gertak

Namun begitu kenapa agaknya
Kita punya negara
Punya pemimpin punya kuasa
Tapi bagai itik kehausan dikolam
Ayam kebuluran dikepok padi

Aduhai melayu
Yang punya pemimpin
Punya negara
Punya kuasa
Punya kekayaan
Tapi mengemis di bumi sendiri…

Selasa, 19 Ogos 2008

Pemimpin yang hipokrit

Seorang pemimpin sepatutnya bukan seorang aktor yang dapat melakonkan imej yang sangat baik di depan orang ramai tetapi disebalik tabir dia ada satu watak yang amat berlainan.

Mengapakah segelintir rakyat terlalu taksub dengan pemimpin sebegini? Ini kerana mereka hanya mengenali perjuangan Islam daripada populariti pemimpin ini dan menganggap ketokohannya begitu hebat sekali seolah-olah gerakan Islam mustahil digerakkan tanpanya.

Pemimpin ini hanya dilihat dari jauh oleh orang ramai dan tiada sesiapa pun yang mengenali hati budinya melainkan Allah SWT dan dirinya sendiri. Kalau benar memperjuangkan Islam semua rakyat perlu ingat dan mengambil konteks Islam dari segi hubungan antara pemerintah dan rakyat. Rakyat wajib membantu kerajaan dalam usaha membangunkan negara.

Bagaimanapun rakyat haruslah berdoa agar negara ini terus aman dan perasaan terlalu taksub sepatutnya dibuang dan dihindarkan demi kepentingan Melayu khasnya dan negara amnya dan bukannya kerana individu.

Pilihlah pemimpin yang benar-benar layak dan bukannya yang hanya tahu menyalak menyalahkan orang lain dan yang terlalu tertonjol ketamakan dan dahaganya kepada pangkat, darjat serta kedudukan sahaja.

Biarlah kita bergaduh dan menangis hari ini daripada menangis yang tidak berkesudahan di hari muka. Jadi? berhati hatilah dengan manusia yang saperti “talam dua muka” “bermuka muka”

Isnin, 18 Ogos 2008

Orang Melayu Hari Ini

Punca-punca orang melayu menjadi lemah:

1. Perpaduan di kalangan masyarakat Melayu masih lagi berlaku kepincangan disebabkan oleh ideologi politik yang berbeza, telah memecahbelahkan masyarakat Melayu ke dalam kelompok yang taksub politik. Lupakah kita pada peribahasa “bersatu kita teguh bercerai kita roboh”. Dalam hal ini jika orang Melayu masih lagi berpuak-puak, kemajuan yang ingin dicapai akan lambat lagi untuk berlaku.

2. Irihati yang berpanjangan. Masalah irihati juga sukar dibuang dalam diri orang Melayu pada hari ini. Keadaan ini dapat dilihat di semua sektor sama ada sektor swasta ataupun kerajaan. Sama ada yang berpangkat atau orang bawahan. Semuanya sentiasa mencari peluang untuk menjatuhkan yang lain.

3. Semangat patriotisme atau semangat kebangsaan yang semakin luntur dalam diri orang Melayu. Semangat kebangsaan ini perlu ada dalam diri setiap individu yang mengaku dirinya sebagai warganegara Malaysia. Perlu disedari tanpa semangat sayangkan negara yang kuat, negara ini akan runtuh bila-bila masa. Bagi mereka perjuangan menentang penjajah sudah tamat, komunis sudah lari, negara dah maju, nak buat apa lagi? Pemikiran sebegini perlu dibuang dalam diri setiap generasi baru Melayu pada hari ini kerana setiap individu itu ada tanggungjawab atau amanah yang perlu dipikul.

4. Dari segi penguasaan ilmu juga, orang Melayu seakan ditinggalkan oleh orang bukan Melayu. Pencapaian pelajar bukan Melayu paling tinggi jika dibandingkan pelajar Melayu. Mengapa hal ini terjadi? Rasanya warga universiti sudah sedia maklum akan hal ini. Mengapa pelajar Melayu sukar untuk menguasai sesuatu ilmu? Di mana silapnya?

5. Dari segi ekonomi, mengapakah orang Melayu masih kurang berjaya dalam sektor ekonomi?. Pelbagai langkah telah dijalankan oleh pihak kerajaan untuk membantu orang Melayu dalam bidang ekonomi agar setanding dengan bangsa lain. Budaya “Spoon Feeding” perlu dibuang dalam diri setiap orang Melayu kerana ia menggalakkan orang Melayu kurang berusaha dan menanti pihak kerajaan untuk mengubah nasib mereka.

6. Masyarakat Melayu pada hari ini juga seakan menjadi juara dalam semua gejala sosial dan pengaruh negatif dalam masyarakat Malaysia. Golongan remaja Melayu perlu sedar mereka adalah bakal pemimpin pada masa akan datang. Justeru pendidikan awal adalah penting bagi mengelakkan mereka terjebak dengan gejala-gejala negatif tersebut.

Orang Melayu juga harus sedar pegangan mereka dalam bidang politik tidak akan kekal selama-lamanya. Pihak luar sentiasa mengintai untuk “menangguk di air keruh” dan jangan disangka “air yang tenang tidak ada buaya”. Kita tidak ingin perkara ini menjadi seperti kata pepatah Melayu “bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing”.


Hadis Nabi s.a.w yang bermaksud:
“Sesungguhnya serigala itu (musuh-musuh Islam) hanya akan dapat memakan kambing yang tersisih dari kumpulannya.”

Sabtu, 9 Ogos 2008

Berbudi bahasa


Pepatah melayu ada menyebutkan”Orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa”. Ia menjadi pedoman kepada generasi masa kini dan akan datang, agar benar-benar memahami dan mengamalkannya dalam kehidupan seharian. Jika ia tidak diamalkan, maka runtuhlah budaya, runtuhlah bangsa.

Makna perkataan budi adalah luas,tidak terhad pada makna yang berkaitan dengan tingkah laku atau perkerti manusia sahaja,tetapi merangkumi seluruh aspek tindakan,perbuatan dan pemikiran manusia yang melahirkan,mengaturkan dan menentukan peradaban atau tamadun manusia.Istilah lain yang boleh kita samakan maknanya dengan perkataan budi adalah adab atau budaya.

Budi bahasa adalah salah satu intisari dalam aspek budi. Budaya “kurang ajar” dalam masyarakat semakin lama semakin membesar dan membarah di kalangan semua lapisan masyarakat. Ini disebabkan oleh tuntutan mengajar kebendaan,pangkat hingga menafikan nilai-nilai murni. Dengan terhakisnya nilai-nilai murni menyebabkan masyarakat luntur akhlaknya.

Mengamalkan budaya bahasa yang baik dan nilai-nilai murni mencerminkan seseorang itu memiliki budi pekerti tinggi. Setiap tuturkata akan menggambarkan perilaku seseorang itu, jika baik tutur katanya, maka akhlak dan perilakunya juga baik, sebaliknya jika buruk tutur katanya maka buruklah akhlaknya seperti kata-kata syair:

Tegak rumah kerana sendi
Runtuh sendi rumah binasa
Sendi bangsa ialah budi
Runtuh budi runtuhlah bangsa

“Bahasa melambangkan bangsa”. Kata-kata yang pernah diucapkan oleh P.Ramlee dalam filem Seniamn Bujang lapok ini perlu diterapkan dalam masyarakat melayu agar bangsa dan agama kita dapat dinilai sebagai yang terbaik. Dan kita sama-sama memikirkan cara dan kaedah untuk bangsa melayu kita kembali kepada identiti bangsa melayu yang penuh dengan budi bahasa yang tinggi dan seterusnya kita menjadi model untuk memasyarakatkan bangsa Malaysia

Yang lorek itu kendi
Yang merah itu saga
Yang cantik itu budi
Yang indah itu bahasa


“Sesungguhnya orang-orang pilihan dikalangan kamu ialah yang paling indah budi pekertinya dan sebaik-baik kamu ialah orang yang berbuat baik terhadap isterinya”.
(Riwayat At-Tarmizi)

Selasa, 5 Ogos 2008

Kuasa dan kekayaan

Bila masa orang melayu tidak lagi menjaga maruahnya, hingga lupa asal usulnya, maka akan jadilah ia sebagai orang yang mementingkan kuasa dan kekayaan. Orang yang tidak mempunyai akal budi yang tinggi akan hanyut dalam kekuasaan dan kekayaan.

Begitu juga dengan segelintir pemimpin di Malaysia ini. Yang terlalu hendakkan jawatan dan kuasa. Yang terlalu gilakan wang dan kekayaan. Sudah lupa dengan tanggungjawabnya sebagai pemimpin.

Sepatutnya, pemimpin mesti memikul tanggungjawab sebagai seorang pemimpin sejati. Bukan semua orang boleh menjadi pemimpin. Yang boleh memimpin rakyat. Yang menolong rakyat kerana rakyat yang memilihnya.

Bukan semua pemimpin yang berkeadaan seperti itu, ada juga yang tidak gilakan kuasa, hanya menjalankan tanggungjawab yang dipikul dengan amanah, berdedikasi, komited, adil dan saksama. Memberi bantuan kepada sesiapa yang memerlukan.

Kita harus menyedari bahawa kita semua ini adalah 'khalifah' yang ditugaskan menjaga alam ini. Berlaku adil dengan semua orang. Bersikap jujur dan amanah. Tidak berlaku zalim kepada manusia dan saling bantu-membantu sesama insan.


"Dia lah yang menjadikan bumi bagi kamu: mudah digunakan, maka berjalanlah di merata-rata ceruk rantaunya, serta makanlah dari rezeki yang dikurniakan Allah; dan (ingatlah), kepada Allah jualah (tempat kembali kamu sesudah) dibangkitkan hidup semula; (maka hargailah nikmatNya dan takutilah kemurkaanNya"
(Surah Al-Mulk, Ayat 15)



-Malim Muda-

Rabu, 30 Julai 2008

Melayukah kita?

Melayukah kita?
Jika hanya pada wajah
Jika hanya pada mata
Jika pada kulit sawo matang
Jika berhimpun kita hanya berdansa?

Melayukah kita?
Jika berbicara cengil dan melatah
Jika surau kosong belaka
Jika bersalam berlaga dada?

Melayukah kita?
Jika bersidang bermanis muka
Jika bersurai mula mencerca?

Melayukah kita?
Jika hanya pada kata-kata
Jika terlupa nahu dan tatabahasa?

Melayukah kita?
Jika melihat keris hanya senjata
Jika Melayu hanya sekadar nama
Hingga mereka tersenyum bertanya, itukah Melayu yang berbudi bahasa?

Andai ku tahu

Andai ku tahu
Kapan tiba ajalku
Ku akan memohon tuhan tolong panjangkan umurku

Andai ku tahu
Kapan tiba masaku
Ku akan memohon tuhan jangan kau ambil nyawaku
Aku takut akan semua dosa dosaku
Aku takut dosa yg terus membayangiku

Andai ku tahu
Malaikatmu kan menjemputku
Izinkan aku mengucap kata taubat padamu
Aku takut akan semua dosa dosaku
Aku takut dosa yg terus membayangiku

Ampuni aku dari segala dosa dosaku
Ampuni aku menangis ku bertaubat padamu
Aku manusia yang takut neraka
Namun aku juga tak pantas disurga

Andai ku tahu
Kapan tiba ajalku
Izinkan aku mengucap kata taubat padamu
Aku takut akan semua dosa dosaku
Aku takut dosa yg terus membayangiku

Ampuni aku dari segala dosa dosaku
Ampuni aku menangis ku bertaubat padamu


-Kumpulan Ungu-


* Untuk arwah abg iparku, Wan Hazlan b. Hj Wan Muhamad, semoga rohnya dicucuri rahmat, semoga diampunkan dosa-dosanya, semoga rohnya aman dan damai di alam sana dan semoga ia ditempatkan di kalangan orang beriman. Al -Fatihah..